DuniaSemasa

Pesawat latihan terhempas di Beirut

Dua penumpang, satu juruterbang dikhuatiri maut

BEIRUT : Sebuah pesawat latihan kecil membawa tiga orang termasuk juruterbang dilapor terhempas di sebuah kawasan pergunungan di wilayah Keserwan terletak di utara ibu kota Beirut.

Berdasarkan laporan awal, dua penumpang serta seorang juruterbang dipercayai terkorban akibat insiden itu.

Berdasarkan kenyataan daripada pihak berkuasa penerbangan negara itu, pesawat jenis Cessna 172 tersebut adalah milik Open Sky Aviation dan telah berlepas dari lapangan terbang Beirut pada jam 1.30 waktu tempatan sebelum terhempas 20 minit kemudian di sebuah kawasan perkampungan Ghosta.

Katanya, Menteri Pengangkutan dan Pekerjaan Awam telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menjalankan siasatan.

Penghuni di kawasan perumahan itu, Ziad Maalouf mendakwa pesawat itu telah melanggar batu-bata di atas sebuah rumah.

“Kawasan itu agak berkabus. Selepas mendengar bunyi dentuman yang kuat, kami lari keluar dan ternampak cebisan mayat,” katanya dalam temubual bersama Reuters.

– Reuters

Diterjemah oleh : NurFaisal Hakim  – Pelatih Fakulti Filem, Teater, dan Animasi UiTM / AJ

 

Related Articles

Back to top button