Covid19Semasa

PRU 15! sebaik pandemik berakhir

Tidak berlaku ketika pandemik masih menular

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan diadakan sebaik pandemik COVID-19 berakhir, kata Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak mahu PRU diadakan ketika pandemik wabak ini masih menular.

 

Tambahnya ada pihak berpendapat, Bajet 2021 perlu ditolak untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan, namun tidak perlu katanya dibuat sedemikian.

Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden BERSATU pada Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU 2020 hari ini.

“Tak perlulah buat begitu. Kalau tanya saya, mungkin semalam lagi saya sudah nasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya bubarkan parlimen untuk membolehkan pilihan raya diadakan,” – Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tan Sri Muhyiddin berkata, sebaiknya dalam PRU nanti, tidak akan berlaku pertembungan tiga penjuru antara parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) menentang parti lawan yang lain.

“Untuk itu, program bersama akan diatur di peringkat pusat, negeri dan akar umbi untuk mewujudkan hubungan kerjasama lebih erat antara parti-parti dalam kerajaan PN,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan pada masa ini sedang menumpukan kepada usaha mendapatkan vaksin COVID-19 termasuk usaha menandatangani perjanjian pembelian awal yang dibuat kerajaan dengan syarikat farmaseutikal Pfizer bagi mendapatkan bekalan vaksin COVID-19.

“Sebanyak 12.8 juta dos bagi menampung keperluan imunisasi untuk 20 peratus atau 6.4 juta rakyat Malaysia. Insya-Allah, kita akan menerima bekalan vaksin secara berperingkat mulai suku pertama tahun hadapan,” katanya.

REUTERS/Dado Ruvic/File Photo

Selain perjanjian dengan Pfizer, katanya kerajaan juga sudah menandatangani perjanjian dengan fasiliti COVAX untuk mendapatkan vaksin COVID-19 bagi menampung keperluan imunisasi 10 peratus rakyat.

“Kedua-dua perjanjian ini dijangka dapat menjamin akses vaksin COVID-19 untuk 30 peratus rakyat tahun depan. Dengan akses kepada vaksin ini dan usaha dilakukan secara berterusan untuk memutuskan rantaian jangkitan, kita akan berjaya mengawal sepenuhnya kes jangkitan COVID-19 di negara kita.

“Pada masa itu, insya-Allah, ekonomi negara kita akan pulih sepenuhnya dan rakyat akan dapat menikmati kehidupan yang lebih selamat dan sejahtera,” katanya.- BH

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button