Syria

Delegasi kedua Misi RescueSyria berlepas

Galas amanah Ummah

SEPANG : Delegasi kedua Misi Bantuan Kemanusiaan Musim Sejuk RescueSyria Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM Malaysia berlepas ke Turki malam tadi.

Bermatlamat sama menunaikan amanah ummah untuk ummah, delegasi seramai lima orang semalam berlepas ke Istanbul lebih kurang jam 11: 00 malam tadi.

Bendahari Agong MAPIM Malaysia, Tuan Haji Faris Hussain turut hadir menghantar dan menyelaras urusan perjalanan delegasi kedua ini.

Perjalanan delegasi kedua diketuai oleh Al-Fadzil Maulana Wan Helmi selaku Panel Syariah MAPIM Malaysia, termasuk Aktivist MAPIM Malaysia, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi serta dua orang lagi aktivis, Mohd Adly dan penulis, Baharudin Bekri.

Delegasi akan bergabung bersama delegasi pertama yang diketuai oleh Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al- Kahery dan lima lagi anggota misi.

Maulana Helmi ketika ditemui berharap semoga perjalanan dan usaha murni ini mendapat perlindungan daripada Allah SWT ini kerana cabaran misi ini berlaku ketika pandemik Covid-19 masih berleluasa di dunia.

“Apa pun segalanya kita berdoa kepada Allah untuk perlindungan dan mempermudah urusan misi MAPIM Malaysia untuk Syria”

Bertempat di ruang legar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam, sahabat aktivist MAPIM hadir memberikan sokongan dan bersama-sama membantu persiapan delegasi ini.

Bagi Heliza dan Hezwani, mereka teruja dengan misi ini telah pun tertangguh sejak sekian lama, hampir sembilan bulan, dan dapatlah mereka menyantuni pelarian Syria.

Bagaimanapun mereka akan sentiasa waspada dan mengamalkan SOP ketika berhadapan dengan pelarian terbabit, khususnya anak-anak pelarian yang sentiasa datang, bermesra dengan mereka.

Itu di antara cabaran yang bakal dihadapi The Helmi’s yang sentiasa turun padang di Syria dalam misi-misi sebelum ini.

Anak-anak pelarian Syria sememangnya dekat dengan mereka, kerana mudah didekati malah sikap merendah diri dan mensyukuri nikmat kanak-kanak itu dijelmakan dalam kemesraan ketika sukarelawan bersama mereka.

Ketika delegasi ini sibuk membuat persiapan berlepas, pada masa sama hajat dan amanah ummah juga telah ditunaikan dengan pelancaran Sekolah Wakaf MAPIM ke-39 di bumi Idlib, Syria.

Kerjasama erat terjalin di antara Agensi Wakaf Kerajaan Turki dan MAPIM Malaysia ini sudah dibuktikan dengan pelbagai projek manfaat berganda Ummah.


TEAM RESCUESYRIA MAPIM SUDAH BERADA DI SYRIA MENGURUS INFAQ ANDA UNTUK
KAMI SAMPAIKAN SENDIRI KEPADA SAUDARA SYRIA DISINI!

MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas ini kerana kutipan Dana masih lagi berkurangan untuk sasaran RM6,000,000. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:

– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
_________________________________________________
2 CARA MENYUMBANG KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_________________________________________________

1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button