EkonomiSemasa

Tabung Haji desak penyimpan kemas kini maklumat

Alamat, nombor tel & nama penerima

KUALA LUMPUR : Semua pendeposit Tabung Haji digesa mengemaskini maklumat peribadi sekiranya berlaku pertukaran.

Pengarah eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata langkah itu bertujuan untuk melancarkan komunikasi mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan persiapan mengerjakan haji antara agensi dan penyimpan.

Menurut beliau pengumuman rasmi mengenai ibadah haji itu hanya akan diumumkan selepas mendapat maklumat rasmi.

“Surat tawaran untuk musim haji 1442H/2021 akan dikeluarkan segera setelah pengumuman rasmi mengenai hal itu dikeluarkan oleh pihak kerajaan Arab Saudi” – Pengarah¬† Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman

Datuk Seri Syed Saleh juga berkata penyimpan digalakkan mendaftar dengan aplikasi THiJARI di www.thijari.com.my untuk memeriksa status pendaftaran haji, jadual penerbangan dan pelbagai perkhidmatan lain.

Bagi pendeposit yang mahu mengemaskini maklumat peribadi boleh berkunjung ke mana-mana cawangan Tabung Haji serta pusat perkhidmatan Tabung Haji dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

-Iman Nur Hakim Azrin (Pelatih Fakulti Animasi UiTM)

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button