Dunia

Lelaki gelandangan tikam muazin dipenjara

Serangan di masjid

LONDON: Selepas menyerang seorang muazin di sebuah masjid Februari lalu, seorang lelaki gelandangan dihukum penjara lebih tujuh tahun, kelmarin.

Daniel Horton, 30, didakwa menyerang Raafat Maglad, 70, yang bertugas sebagai muazin di Masjid London Central Mosque.

Gambar Daniel Horton yang dikeluarkan oleh Polis Metropolitan London. – FOTO AFP

Pada pendengaran sebelum ini di mahkamah, tertuduh mengaku bersalah atas satu pertuduhan mendatangkan kecederaan parah dan memiliki senjata bilah.

Saksi menyatakan bahawa Horton berada di belakang Maglad sebelum menikam mangsa sehingga menyebabkan muazin terbabit cedera, termasuk luka hingga 1.5 sentimeter di bahagian leher.

Maglad kembali bertugas 24 jam kemudian tetapi pendakwa raya, Benn Maguire, memberitahu Hakim Deborah Taylor bahawa serangan itu meninggalkan kesan berpanjangan.

Raafat Maglad selepas kejadian tikaman.

“Beliau kini berasa kurang yakin untuk berdiri di dalam dewan solat dengan membelakangkan jemaah kerana bimbang akan diserang,” – Benn Maguire / Pendakwaraya

Selain itu, mangsa juga dikatakan menderita kerosakan saraf, mengalami kesukaran untuk tidur dan suaranya ‘terjejas teruk’.

Polis Metropolitan London dalam satu kenyataan pula memaklumkan, mangsa berjaya diselamatkan dengan bantuan jemaah ketika kejadian. – Berita Harian

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button