DuniaSemasaSyria

Helikopter milik Tentera Syria terbabas, dua kru mati syahid

DAMSYIK: Dua kru helikopter Tentera Arab Syria dilaporkan syahid dalam kemalangan ketika mendarat semalam, akibat jentera mempunyai kerosakan teknikal.

Difahamkan, jentera tersebut sedang dalam pendaratan segera di kawasan pesisir pantai.

Wartawan SANA, memetik sumber tentera bahawa semasa misi latihan pada hari Khamis lalu, salah satu helikopter Tentera Arab Syria mengalami masalah teknikal di kawasan pantai.

“Krew terpaksa melakukan pendaratan cemas di kawasan pergunungan.

“Selepas pendaratan, dua kakitangan tentera didapati terbunuh manakala tiga lagi terselamat,” tambah sumber itu.

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button