DuniaSemasa

Syeikh Mahmud Efendi meninggal dunia

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن.

Dunia Islam telah kehilangan seorang lagi permata yang dianggap sebagai guru besar kepada ummah, Syeikh Mahmûd Efendi yang telah kembali ke rahmatullah hari ini.

Berita duka itu disampaikan oleh Mehmet İzudin Gül, rakyat Malaysia yang sudah menetap di Istanbul, Turki hampir 20 tahun menerusi satu hantaran di Facebook.

“Allahu. Subuh pagi ini, baru sahaja mendapat berita pilu yang Syeikh Mahmûd Efendi Hazretlerimiz telah pergi meninggal dunia tadi.

“Jenazah akan dipindahkan dari Masjid Fatih selepas solat Jumaat. Yang bercadang nak pergi beri penghormatan terakhir, persiapkan diri. Memang sesak sungguh nanti. Semua pengikutnya di seluruh pelusuk Turki akan hadir,” katanya.

Syeikh Mahmud Efendi merupakan seorang syeikh tariqah yang sangat terkenal di Turki dan mempunyai anak murid dari seluruh dunia. Beliau sangat disayangi oleh pengikut-pengikutnya dan sering dikunjungi oleh mereka yang datang ke İstanbul.

Memetik laman web The Muslim 500, Syeikh Effendi menjadi seorang hafiz seawal usia enam tahun. Beliau mempelajari bahasa Arab dan Parsi, dan kemudian melanjutkan pelajaran dan jurusan Sains Islam. Sheikh Effendi dilantik sebagai imam masjid Ismail Agha di Istanbul pada tahun 1954, di mana beliau kekal sehingga bersara pada tahun 1996.

Syeikh Effendi mempunyai berjuta-juta pengikut dan telah menubuhkan pelbagai organisasi keagamaan, sosial dan amal seperti Persatuan Marifet, Persekutuan Persatuan Marifet dan Gabungan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button