Covid19Semasa

Covid-19 : Selangor, Sabah penyumbang kes terbesar hari ini

Ekoran pengesanan kontak rapat Hentian Kajang

PUTRAJAYA: Kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini dilaporkan meningkat kepada 957 kes daripada angka yang dicatat semalam.

Kes pulih juga menunjukkan angka melebihi jumlah kes baharu bagi catatan hari iniĀ  iaitu 972 kes. (Ahad 1/11)

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dengan statistik terbaru ini menjadikan bilangan kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 32,505 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula ialah sebanyak 10,036 kes.

Untuk jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 22,220 kesĀ  iaitu 68.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Selain itu,katanya tiada pertambahan kes kematian dan juga tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dicatatkan.

Namun terdapat dua kluster baharu iaitu Kluster Usaha di Selangor dan Kluster Tembaga di Pulau Pinang.

Sabah masih lagi menjadi negeri yang mencatatkan kes tertinggi harian iaitu 644 kes.

Diikuti Selangor yang merekodkan kes sebanyak 225.

Peningkatan kes di Sabah dan Selangor menyumbang hampir keseluruhan kes hari ini iaitu 874 kes atau 91.3 peratus.

Menurut Tan Sri Noor Hisham, peningkatan kes di Selangor adalah ekoran aktiviti di lapangan yang giat dijalankan dan juga pengesanan kontak rapat dan saringan di kawasan Plaza Hentian, Kajang.

Kawasan itu juga masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


KKM menasihati orang ramai agar berada di rumah jika tiada urusan yang penting dan jika perlu untuk keluar maka harus mematuhi SOP yang ditetapkan supaya dapat menghentikan wabak pandemik ini dari terus meningkat hari demi hari.

  • Laporan disediakan oleh Iman Nur Hakim bin Azrin

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button