DuniaSemasa

Suspek rempuh ditahan

Akan didakwa

MEKAH : Perkembangan kejadian rempuhan kereta di Masjidil Haram

Suspek kejadian telah pun ditahan dan diserahkan kepada pihak Pendakwa Raya untuk tujuan pendakwaan.

Sementara itu Haramain Info menjelaskan dalam hantaran Twitternya bagaimana kejadian itu berlaku.

Menurut laporan itu, kereta berkenaan telah meluru ke kawasan peluasan King Fahad melalui jalan 15 yang bertentangan dengan kawasan terbabit.

Pada jarak 230 meter kereta yang dipandu laju merempuh halangan kon plastik lalu menghentam pintu nombor 89 Masjidil Haram.

Setakat ini suspek dikenal pasti adalah warga tempatan dan dikatakan dalam keadaan yang tidak normal.

Kejadian juga tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

-HaramainInfo

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button