Semasa

Sumbangan beliau terlalu besar dalam badan kehakiman negara – Ketua Hakim Negara

Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham

KUALA LUMPUR :  Kembalinya ke Rahmatullah – bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas adalah satu kehilangan besar kepada bidang perundangan negara.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddn Yassin turut menyampaikan salam takziah beliau di atas perginya Tun Dr Mohamed Salleh Abas.

“Saya ingin menzahirkan rasa sedih atas pemergian Tun Dr Mohamed Salleh Abas, Bekas Ketua Hakim Negara yang telah kembali ke Rahmatullah awal pagi tadi.  Saya dan keluarga mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham atas kehilangan orang tersayang. Semoga mereka tabah menghadapi detik yang mendukacitakan ini.

Bagi pihak Kerajaan, kata Perdana Menteri, beliau ingin merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan Allahyarham dalam memperkasa dan mengangkat integriti institusi kehakiman sepanjang berkhidmat selaku Ketua Hakim Negara pada tahun 1984 hingga 1988.

Sementara itu, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Istana Kehakiman, Putrajaya,  dalam satu kenyataan berkata pemergian Tun Salleh Abas adalah satu kehilangan dalam badan kehakiman Malaysia.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menyifatkan sumbangan Allahyarham amat besar kepada pembangunan badan kehakiman Malaysia, sepanjang mengetuamemegang tampuk ketua keadilan negara.

“Bagi pihak badan kehakiman negara dan seluruh kakitangannya, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Tun Salleh Abas”.

Tun Tengku Maimun Tuan Mat, mewakili semua ahli badan kehakiman dan wargakerja mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Tun Salleh Abas mantan Ketua Hakim Negara di atas pemergian ke rahmatullah Allahyarham Tun pada pagi Sabtu, 16 Januari 2021.

Seluruh warga kehakiman turut mendoakan roh Allahyarham ditempatkan bersama para orang-orang soleh.

Bagi pihak Kerajaan, kata Perdana Menteri, beliau ingin merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan Allahyarham dalam memperkasa dan mengangkat integriti institusi kehakiman sepanjang berkhidmat selaku Ketua Hakim Negara pada tahun 1984 hingga 1988.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan ketika dihubungi nst.com.my berkata Allahyarham adalah Ketua Hakim Negara ketika beliau dan mula berkhidmat pada tahun 1986.

Beliau turut merakamkan takziah di atas kehilangan Allahyarham .

Takziah juga dizahirkan oleh pelbagai pihak lain termasuk rakan dan kenamaan.

Mewakili kerajaan Terengganu, Menteri Besar Datul Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dalam ciapan di Twitter beliau, mendoakan semua ahli keluarga Allahyarham tabah dengan pemergian beliau dan mendoakan beliau bersama para solehin.

 

Turut merakam takziah ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nurul Izzah Anwar.

 

Berusia 92 tahun, Allahyarham dirawat di ICU hospital berkenaan selepas disahkan positif Covid-19 pada 14 Jan lalu.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button