Semasa

Jenazah Tun Salleh Abas selamat dikebumikan

Meninggal dunia pagi tadi

KUALA TERENGGANU :  Jenazah Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim di Jalan Pusara, Kuala Terengganu pukul 10.40 pagi tadi.

Allahyarham bekas Ketua Hakim Negara  berusia 92 tahun,  meninggal dunia pada pukul 3.20 pagi tadi.

Anak Allahyarham, Natlrah ketika dihubungi Bernama mengesahkan Mohamed Salleh, 92, meninggal dunia akibat pneumonia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim di Jalan Pusara, Kuala Terengganu,” katanya.

Baca juga:
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus, mengesahkan berita dukacita tersebut.

“Allahyarham meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah,” katanya.

Allahyarham dirawat di ICU hospital berkenaan selepas disahkan positif Covid-19 pada 14 Jan lalu.

– BERNAMA

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button