Semasa

Jenazah srikandi negara Tun Rahah selamat disemadikan

Penuh istiadat penghormatan negara

KUALA LUMPUR :  Jenazah Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah, balu kepada Perdana Menteri Malaysia ke-2 selamat disemadikan lebih kurang jam 3:45 petang tadi.

Pengkebumian Allahyarhamah dilakukan dengan penuh istiadat penghormatan negara.

Jenazah Tun Rahah, 87, disemadikan di Makam Pahlawan, tempat bersemadi kakaknya, Allahyarhamah Tun Suhailah yang meninggal dunia pada 4 Oktober 2014.

Hujan renyai mengiringi sepanjang majlis pengebumian seri kandi negara itu yang turut dihadiri Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut hadir beberapa kenamaan termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Terdahulu, jenazah tiba di Masjid Negara  pada 2.15 petang sebelum Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Husni mengetuai solat jenazah kira-kira 2.30 petang.

Sebaik selesai solat, jenazah diusung ke Makam Pahlawan yang terletak bersebelahan Masjid Negara untuk disemadikan.

NAJIB bersama adik-beradiknya melihat pusara ibu mereka Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah, yang selamat disemadikan dan diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara. FOTO Bernama
Datuk Seri Najib bersama adik-beradiknya melihat pusara ibu mereka Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah, yang selamat disemadikan dan diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara. FOTO Bernama

Mengiringi jenazah Allahyarhama ialah kelima-lima anaknya iaitu Datuk Seri Najib, Datuk Mohamed Nazir, Datuk Ahmad Johari, Datuk Mohamed Nizam dan Datuk Mohamed Nazim.

Selepas bacaan talkin disempurnakan oleh Imam Besar Masjid Negara, para kenamaan dan kaum keluarga menyiram air mawar di pusara.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button