DomestikSemasa
Trending

Sinergi Cinta Gaza Malaysia dengan MAPIM Malaysia demi ummah

SEPANG: Cinta Gaza Malaysia (CGM) telah menandatangani memorandum persefahaman bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) pada Selasa di Wisma MAPIM Malaysia, Kajang termasuk mengadakan kunjungan ke Ummah Central Warehouse MAPIM Malaysia di Sepang.

Kunjungan CGM diketuai Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CGM, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Nadir Al-Nuri, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia ketika berucap dalam kunjungan ke Wisma MAPIM Malaysia


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, (Dr) Ahmad Sani Dato’ Abdul Alim Araby, beliau sangat berbesar hati dengan kesudian CGM untuk bersama MAPIM Malaysia bagi memperkasa sinergi dalam masa sama memberi pendedahan tentang gerak kerja kemanusiaan MAPIM membantu ummah di dalam serta luar negara.

“Kami nampak di mana ada satu penanda aras yang sangat tinggi untuk kita capai dan usahakan supaya Cinta Gaza Malaysia (CGM) suatu masa nanti akan menjadi seperti MAPIM juga”, kata Ketua Pegawai Strategik Cinta Gaza Malaysia (CGM), Puan Umm Salamah sewaktu di temubual wartawan UmmahToday. 

Delegasi Cinta Gaza Malaysia sewaktu di bawa melawat studio Ummah Today pada Selasa

Puan Umm Salamah turut melihat banyak kelebihan yang ada pada MAPIM Malaysia dan menjadikan organisasi itu sebagai rujukan dari pelbagai aspek termasuk produksi media, Ummah Today.

Tambahnya, beliau juga berharap agar MAPIM Malaysia boleh menjadi tempat pembelajaran serta sumber inspirasi untuk unit media CGM agar menjadi lebih efisien dan bergerak seiring di masa hadapan.

Delegasi CGM telah di bawa melihat kaedah pengurusan gudang MAPIM yang menempatkan barangan keperluan asas, ubat-ubatan serta keperluan terdesak yang akan diedarkan kepada asnaf, mangsa banjir serta golongan memerlukan.

Dalam masa sama, mereka turut dibawa melihat semua aset bantuan kecemasan antaranya bot penyelamat, bot amphibia, kontena barangan, mobile kitchen, lori angkut 5 tan, ambulance, bas double decker mobile clinic dan mobile media command center milik MAPIM Malaysia.

Delegasi CGM dibawa merasai pengalaman berada di dalam bas double decker Mobile Clinic MAIWP-MAPIM

Dengan lawatan ini, ia menjadi batu asas sinergi berpanjangan dan jalinan ukhuwah dalam usaha memantapkan lagi gerak kerja bantu ummah secara bersama di dalam dan juga di luar negara.

BACA JUGA
Pemuda Palestin bangkit, tidak gentar serangan zionis israel

 

 

Related Articles

Back to top button