DuniaKemanusiaan

Serpihan runtuhan letupan Beirut seberat Eiffel Tower!

8,000 tan serpihan konkrit, kaca dan besi

Serpihan runtuhan konkrit bangunan, kaca, dan besi-besi akibat letupan dahsyat di Beirut, Lubnan dianggarkan sama berat dengan bangunan Eifel Tower di Perancis.
Selepas lebih tiga minggu kejadian, usaha membersihkan sisa runtuhan dan kesan kerosakan masih giat dijalankan di sekitar lokasi letupan.
Kerja-kerja pembersihan yang dijalankan di sekitar pelabuhan Beirut oleh tentera Lubnan dan tentera Perancis mengambil masa empat hari.

Pesawat Tonnere, helikopter tentera laut Perancis diterbangkan khas ke Beirut, bagi tujuan kerja-kerja pembersihan termasuk membawa peralatan canggih.
Memetik AFP,  Pegawai koordinasi Kerja-kerja Pembersihan, Lieutenant Paulin, berkata serpihan dan runtuhan serta besi-besi bangunan yang rosak dibersihkan pasukan adalah seberat 8,000 tan dan bersamaan beratnya Eiffel Tower di Paris.

Malapetaka yang meledak bumi Beirut meninggalkan ribuan kereta yang rosak di pelabuhan, kontena yang tersimpang siur, dan runtuhan gudang-gudang menyayat hati penduduk.

 

Letupan ammonium nitrat itu juga meninggalkan kesan sejauh kedalaman 43 meter menyebabkan kawasan sekitar kini dilimpahi air laut.

 

Nilai kerugian sememangnya tidak setanding dengan kehilangan nyawa, selain ada mangsa yang dibimbangi hilang sehingga kini, lebih malang kejadian meninggalkan 300,000 hilang tempat berteduh.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button