Dunia

Tiga warga Gaza cedera dalam insiden pengeboman Israel

BANDAR GAZA : Insiden pengeboman oleh zionis Israel di sempadan timur Semenanjung Gaza telah mencederakan sekurang-kurangnya tiga warga Gaza pada Rabu.

Sumber tempatan melaporkan bahawa sekurang-kurangnya tiga petani tempatan menjadi sasaran dalam pengeboman artileri Israel berhampiran sempadan Semenanjung Gaza utara.

Mengulas lanjut, salah seorang petani dilaporkan mengalami cedera parah.

Sejurus sebelum penyasaran, artileri Israel menembak ke arah beberapa pos di bandar Beit Hanoun di utara Semenanjung Gaza.

Serangan ini merupakan tindak balas terhadap dakwaan menembak seorang pekerja Israel berhampiran sempadan dengan utara Semenanjung Gaza.

Media Israel mendakwa seorang pekerja Israel sebuah syarikat yang bekerja untuk negara penceroboh itu sedang menjalankan kerja penyelenggaraan berhampiran sempadan sebelum dia ditembak dan cedera ringan.

-Middle East Eye

_____________________________________

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button