DuniaKemanusiaanSyria

Pulang ke Syria atau lari ke negara lain?

Lubnan gesa agensi bantu pelarian Syria yang mahu tinggalkan Beirut

Presiden Lubnan, Michael Aoun, mahu Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi Rantau Afrika Utara dan Timur Tengah, IOM,membantu Lubnan mengurus pelarian Syria yang mahu pulang kembali ke negara asal mereka.

Aoun dalam satu kenyataan medianya berkata, bantuan IOM itu bagi mengurus kepulangan mana-mana pelarian Syria yang mahu kembali ke Syria atau yang mahu meninggalkan Lubnan.

Ketika ini katanya penduduk Beirut sendiri terkesan, malah 300,000 orang hilang rumah masing-masing selepas letupan terburuk di pelabuhan.

Kesukaran itu juga menimpa pelarian Syria di Lubnan yang mencari rezeki di  pelabuhan tersebut dan tinggal berhampirannya seperti di Karantina.

Sementara itu Pengarah IOM, Carmela Godeau, berkata daripada statistik pertubuhan itu 50,000 daripada keseluruhan 1.5 juta pelarian Syria di Lubnan terjejas dalam tragedi letupan pelabuhan Beirut pada 4 Ogos lalu.

Tambahnya, sejurus selepas kejadian IOM telah pun melancarkan rayuan untuk membantu sejumlah pelarian Syria itu.

Godeau berkata demikian sebagai memberi reaksi kenyataan Aoun selepas pertemuan kedua-duanya di Istana Baabda kelmarin.

Sementara itu, Godeau mendedahkan kepada Aoun 120,000 orang pelarian Syria telah dihantar ke negara lain, dan masih berbaki 3,000 permohonan sedang diproses untuk dineutralisasi ke negara-negara lain.

Lebih sejuta orang pelarian Syria didaftar di bawah Agensi Pelarian UNHCR di Lubnan. -Xinhua News Agency

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button