PalestinSemasa

Seorang lagi warga Palestin mangsa korban tentera israel

Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today

RAMALLAH : Seorang lagi rakyat Palestin terbunuh semasa pertempuran dengan tentera israel, di kampung Deir al-Hatab, utara bandar Nablus, di utara Tebing Barat kelmarin, ulas Kementerian Kesihatan Palestin.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan, Nasser Zaghal, 21, terbunuh selepas ditembak di kepala oleh tentera israel. Tambahnya lagi, 4 lagi cedera termasuk 2 wartawan dari televisyen kerajaan Palestin.

Saksi dan sumber keselamatan Palestin berkata, pasukan tentera israel menyerbu termasuk mengepung rumah warga Palestin dengan kenderaan berperisai serta tentera.

Menurut saksi, pertempuran hebat berlaku di kampung itu melibatkan berpuluh-puluh rakyat Palestin dan tentera israel. Penduduk Palestin membaling batu ke arah askar yang melepaskan gas pemedih mata dan peluru hidup kepada mereka.

Selepas tentera israel mempertingkatkan operasi ketenteraan terhadap ketenteraan dan aktiviti Palestin di Tebing Barat, ketegangan antara mereka menjadi tegang sejak beberapa bulan yang lalu.

Menurut angka rasmi Palestin, lebih daripada 100 rakyat Palestin telah dibunuh oleh tentera israel di Tebing Barat sejak awal Januari. Namun, hanya 18 orang israel telah terbunuh dalam serangan yang dilakukan oleh penduduk Palestin di bandar-bandar israel sejak Mac yang lalu.

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button