KerohanianSemasa

`Jangan bergurau untuk keluar dari Islam!’ – Datuk Seri Dr Zulkifli

Amaran bukan hanya kepada Sajjat tapi seluruh umat Islam

PUTRAJAYA :  Umat Islam diberi amaran  supaya tidak bergurau atau mempersendakan dengan kata-kata mahu keluar daripada agama Islam atau murtad.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menegaskan  bahawa orang Islam dilarang bergurau dan mempersenda perkataan keluar dari agama Islam kerana ia satu perkara yang serius.

“Bukan saudara Sajat sahaja, tapi kepada semua. Kalimah untuk keluar Islam atau murtad bukanlah satu kalimah yang boleh kita buat gurauan. Kita hendaklah merasakan mulia apabila kita memeluk agama Islam dengan syahadah yang kita lafazkan, ikrar yang kita janjikan,”

– Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri

Datuk Seri Dr Zulkifli menggulas mengenai isu tersebut dalam laporan tv ALhijrah semalam.
Ulasan beliau kemudian dinaik turun di instagram beliau.
Sementara itu rata-rata dalam komen terhadap hantaran di instagram Datuk Seri Dr Zulkifli, menyatakan selebriti itu sengaja untuk mengalihkan perhatian umum terhadap kesalahannya yang tidak menghadirkan diri mengikut peruntukan mahkamah sehingga menyebabkan waran tangkap dikeluarkan ke atas Sajat.

Pada mereka sepatutnya Sajat perlu mengutamakan yang mana perlu bukan mencetus isu-isu lain dan membuatkan Islam dan institusi Islam di negara ini melakukan kesilapan.

Malah sikap Sajat yang menggadaikan agama seharusnya tidak elok disebarkan kerana bakal menjadi ikutan kepada mereka yang kurang mendalami agama

Tidak kurang juga yang mahu Sajat kembali kepada jalan yang lurus malah harap apa pihak sudi tampil membawanya ke jalan yang benar semula.

Sementara itu Datuk Dr Zulkifli berkata kes itu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS.

Tambah beliau, tindakan seperti itu harus dipandang dengan sewajarnya kerana ia merupakan tunjang kepada agama Islam.

Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, yang berhasrat bagi menukar agama dalam satu post instagram live, yang tidak dapat dipastikan bila namun menjadi isu hangat oleh netizen dan tular kelmarin.

“Lepas JAIS keluarkan ‘statement’ (kenyataan), saya sudah malas nak fikir. Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak saya, saya dah tak nak menjadi orang Islam. Saya keluar daripada agama Islam, itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul. Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam,” luah Muhammad Sajjad

Muhammad Sajjad didakwa menyebabkan agama Islam dipandang hina dengan cara berpakaian menyerupai wanita di dalam majlis bacaan Yassin dan solat hajat.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Nursajat Beauticion, Alam Avenue 2, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, di sini, jam 7.30 malam, pada 23 Februari 2018.

Mahkamah kemudian membenarkan Muhammad Sajjad diikat jamin RM3,000 dan menetapkan 23 Februari lepas untuk sebutan semula kes.

 

Related Articles

Back to top button