Semasa

Semua 1,292 kawasan sudah ada air kembali!

Bekalan air pulih jam 6:00 pagi tadi

SHAH ALAM:  Bekalan air di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak Dan Kuala Langat pulih sepenuhnya.

Air Selangor dalam satu kenyataan berkata kesemua 1,292 kawasan yang mengalami gangguan air tidak berjadual itu telah mendapat bekalan air sepenuhnya bermula jam 6:00 pagi tadi.

“Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.”

“Air Selangor menyarankan pengguna untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air melalui saluran-saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk aplikasi Air Selangor, Facebook, Twitter dan Instagram, serta laman sesawang mereka di www.airselangor.com.

Gangguan air tidak berjadual itu bermula Isnin lalu, selepas henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan Rantau Panjang.
Penghentian operasi itu menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual kepada 1,196,457 akaun merangkumi 1,292 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button