DuniaSemasa

Serangan bom nekad berkembar – ragut 32 nyawa, 110 cedera

Letupkan peledak dalam tali pinggang yang dipakai

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 32 maut manakala 110 lagi cedera di sebuah pasar yang sesak dengan orang ramai di bahagian tengah Baghdad pada Khamis (21 Jan)

Setakat ini kumpulan ISIS mengaku bertanggungjawab atas serangan nekad berkembar penuh dramatik.

Serangan itu juga merupakan serangan paling dahsyat di bandar itu dalam tempoh tiga tahun, apabila dua kejadian bom berlaku dalam masa yang singkat dan dirancang.

Orang awam yang bersesak di Dataran Tayaran cakna dengan seorang pengunjung yang tiba-tiba jatuh sakit.

Menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri, dia kemudian didatangi orang ramai yang mengambil perhatian terhadapnya dan kemudian meledakkan bahan letupan yang dipasang pada tali pinggang.

Pada ketika orang ramai mengerumuni tempat kejadian untuk membantu mangsa, seorang lagi pengebom nekad melancarkan satu lagi letupan.

Menurut nbcnews.com, pasar terbuka itu sesak dengan orang ramai seleapas sekatan Covid19 selama hampir setahun di Iraq ditarik balik.

Darah berlumuran di lantai pada pakaian dan kasut yang berserakan di lantai.

Tiada pihak bertanggungjawab setakat ini.

Anggota paramedik bergegas untuk mengalihkan para mangsa.

Kementerian kesihatan negara itu menyatakan mereka yang terkorban, meninggal dunia di tempat kejadian dan kebanyakan yang cedera sudah dirawat dan dibenarkan pulang dari hospital.

Selepas tengah malam, ISIS mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut di saluran-saluran propaganda online miliknya.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button