Covid19DuniaPolitik

Prayuth siap sedia batal darurat!

Langkah pertama tenteramkan tunjuk perasaan

BANGKOK: [VIDEO] Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha, mengumumkan beliau mungkin menarik balik pengisytiharan darurat yang gagal mententeramkan tunjuk perasaan.

Ribuan penunjuk perasaan tidak mempedulikan arahan itu dan terus berkumpul di serat Bangkok bagi mendesak Prayut meletakkan jawatan dan menuntut pembaharuan institusi monarki.

Sehari selepas tunjuk perasaan anti kerajaan itu, ribuan penunjuk perasaan berarak di hadapan Rumah Kerajaan, sekali gus melanggar perintah darurat dikenakan minggu lalu, yang melarang perhimpunan melebihi empat orang.

Prayut, dalam ucapannya hari ini, berkata beliau akan mengambil langkah pertama untuk mententeramkan keadaan.

“Saya sedang bersiap sedia untuk menarik balik pengisytiharan darurat di Bangkok dan akan berbuat demikian jika tiada keganasan.

“Kita mesti berundur setapak daripada sebarang cubaan yang boleh mencetuskan kekacauan,” katanya sambil menggesa perusuh menyelesaikan pertikaian masing-masing di Parlimen.

Aktivis prodemokrasi berhimpun di Monumen Kejayaan Bangkok manakala gerakan menentang mereka berjaya menarik ribuan penyokong di wilayah Narathiwat, selatan Thailand dan ibu negara. – AFP

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button