Semasa

Sekongkol dengan adik bunuh suami demi harta RM2juta

Kemanusiaan hari ini?

KAJANG: Seorang wanita tergamak bersekongkol dengan adiknya, membunuh suaminya untuk mendapatkan harta, dianggarkan berjumlah lebih RM2 juta.

Dalam usaha melindungi perbuatan jenayah itu, wanita berusia 45 tahun itu sanggup mendakwa suaminya yang buta itu disamun ketika berada di hadapan rumah mereka di Kampung Baru Sungai Chua di sini, pada 1 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata pihaknya menerima laporan dibuat suspek, kononnya suaminya disamun penjenayah yang melarikan rantai leher mangsa di hadapan rumah mereka.

“Dalam kejadian itu, mangsa cedera parah di kepala, sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kajang.

“Siasatan awal mendapati suspek merancang pembunuhan mangsa dengan berkomplot bersama adik lelakinya berusia 42 tahun untuk mendapatkan harta mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zaid berkata, adik beradik itu akan dihadapkan ke Mahkamah Majisret Kajang esok atas kesalahan merancang dan membunuh mangsa untuk mendapatkan harta.

“Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan,” katanya.

Difahamkan suspek mahu mendapatkan harta suaminya yang juga pengusaha perniagaan lori serta besi buruk membabitkan aliran tunai lebih RM2 juta dan insurans kematian mangsa berjumlah RM800,000.-BeritaHarian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button