Semasa

Pulanglah dikau kepadaNya Dr. Ayse Humeyra

Doktor wanita pertama bertudung di Turki, dikebumi di Baqi'

MADINAH : إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎

Doktor wanita pertama memakai tudung di Turki, meninggal dunia untuk kembali ke PenciptaNya setelah mengabdikan diri selama 57 tahun dalam tugas kemanusiaan doktor perubatan, berkhidmat kepada para jemaah haji sejak tahun 1953.

Khabar duka pemergian beliau pada 30 Ogos lalu, diterima dari bumi Madinah al-Munawwarah.

Allahyarham Dr Humeyra, 85, juga waris kepada pengasas sekolah Imam Hatip, institusi pendidikan Islam berprestij di Turki.

Dilahirkan dalam kalangan keluarga cendekiawan, bapanya Mahmut Celalettin Okten adalah seorang profesor  mengajar falsafah Arab.  Bapanya juga perintis kepada penubuhan sekolah Imam Hatip.

Allahyarham amat dikenali dalam dunia Islam dan mendapat pendidikan perubatan pada masa awal pembentukan negara itu lagi.

Kecerdasan dimilkinya disedari guru sejak dari bangku sekolah rendah lagi.

Kemudian, meningkat ke peringkat menengah Dr. Humyera menyatakan hasrat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan apabila salah seorang ahli keluarganya meninggal dunia.

Dilahirkan di Fatih Atikali, pada tahun 1925, cita-cita beliau mendapat restu daripada kedua-dua ibu bapa.

Berbekalkan kerja kuat,  beserta keazaman yang jitu beliau mengikuti pengajian perubatan di Fakulti Perubatan pada tahun 1943.

Personaliti dan  keperibadiannya sebagai wanita muslimah dibimbing dari sejak kecil oleh bapanya yang sangat mementingkan pendidikan agama.

Beliau bertekad tetap mengenakan tudung kepala dalam kehidupan seharian dan juga ketika bertugas.

Sehubungan itu, beliau membuka klinik persendirian di Istanbul, juga di Beyoglu, Sariyer dan Carsikapi.

Mengetahui mengenai kesungguhan khidmat dan kepatuhan kepada agama, beliau menerima tawaran terbuka Pertubuhan Palang Merah Turki, yang mencari doktor wanita untuk berkhidmat di Tanah Suci pada tahun 1953.

Pada awalnya, ayah beliau berat hati untuk membenarkan beliau bertugas di sana, namun mendengar tangisan beliau akhirnya si ayah akur atas keinginan anak kesayangannya itu.

Peristiwa itulah yang menjadi pencetus kecintaan Allahyarham terhadap Madinah.

Sejurus  beliau pulang ke Turki, Allahyarham berpegang kuat kepada ajaran Islam dan beliau mengambil keputusan terus memakai tudung.

Pada era awal 50-an,  pemakaian tudung kepada wanita Islam di Turki adalah sesuatu yang sangat janggal, dipengaruhi oleh era sekular, yang tidak memberatkan nilai-nilai Islam. Malah isu bertudung menjadi satu konflik di Turki berdekad lamanya.

Berulang alik Turki – Madinah tidak pernah dianggap beban bagi beliau.

Pada tahun 1959, beliau berpindah ke Madinah, kali ini bersama bapanya, Okten, namun ayahnya pulang dan meninggal di Turki.

Sering menghabiskan hidup di Madinah, Allahyaham dikurniakan visa pekerja asing dan berkhidmat sebagai doktor di Hijaz.

Ketika ditemu bual dalam satu dokumentari khas mengenai kisah dirinya,  Allahyarham berkata Turki adalah tempat kelahirannya tapi Madinah sentiasa berada di hati beliau.

Pemergian Allahyarham turut dikongsi isteri Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di Twitter beliau.

Menyifatkan beliau sebagai ilmu yang bergerak, Emine Erdogan berkata kekuatan semangat Humeyra ibarat besi dalam mempertahankan kepercayaannya.
Pada ketika Allahyarham melayani pesakitnya, ia dilakukan dengan penuh dengan kasih sayang.

`

`Sebagai doktor,  Dr Humeyra mengabdikan dirinya kepada kerja-kerja kemanusiaan. Berbudi pekerti tinggi, baik dan akan dikenang dengan kesempurnaan semangat kerja yang kuat, bersungguh-sungguh dengan penuh ketabahan.”

Kecintaan Allahyarham kepada Madinah mengikat beliau menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Masjid Nabawi.

Hidupnya hanya menumpukan kepada dua perkara, merawat pesakit dan berdoa di Raudah.

Enam dekad mengabdikan diri kepada pesakit akhirnya Dr. Humeyra, meninggal dunia di sisi Rasulullah SAW dan dikebumikan di tanah perkuburan abadi Baqi’.

“My horizon changed when I came to Madinah. Medina came to the fore. All the world aside, Medina aside ''

'' My advice to young people do not hesitate to serve, please your surroundings and pray. You see the benefits of that prayer when the time comes. ''

sumber:https://www.trthaber.com/haber/yasam/insanligin-hizmetine-adanmis-bir-omur-dr-ayse-humeyra-okten-513140.html

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button