DuniaKemanusiaan

Harapan semakin tipis…

Denyutan nadi ditemui semakin perlahan

BEIRUT : Harapan kian pudar menantikan keajaiban – mangsa terperangkap di bawah timbunan runtuhan dapat dikeluarkan.

Pada masa yang masa, pasukan mencari dan menyelamat, S & R, terus mencuba sedaya upaya, dengan penuh hati-hati berusaha mengeluarkan mangsa yang dikesan degupan jantungnya sejak dua hari lalu.

Warga Beirut juga sama-sama menantikan detik-detik cemas itu.

Semalam seluruh Beirut bertafakur selama seminit bagi memperingati sebulan letupan yang menjadikan Beirut gegak gempita musnah sama sekali.

Orang awam mula berkumpul di lokasi berkenaan sejak maklumat mengenai penemuan denyutan nadi manusia itu.

Bagi mereka, walaupun berjaya dikeluarkan tanpa nyawa, sekurang-kurangnya waris mangsa lega apabila mengetahui mengenai maklumat anggota keluarga yang hilang.

Pasukan mencari dan menyelamat menyimpan impian tinggi untuk menarik keluar mana-mana mangsa yang  mangsa yang masih bernyawa yang terperangkap di bawah runtuhan.

Namun malam Khamis operasi terpaksa dihentikan seketika dan disambung semalam, di lokasi yang dinyatakan menemui degupan jantung daripada alat pengesan paling sensitif.

Ketua Operasi Pencarian Chile, Francesco Lermanda memberitahu media, kadar pernafasan yang ditemui semalam semakin melemah.

Pasukan S &  R terpaksa menggali tiga terowong bagi membolehkan kamera menusuri laluan ke lokasi dikesan yang berada pada kedalaman tiga meter daripada runtuhan.

Malah kepingan runtuhan terpaksa dialihkan dengan cermat bagi mengelakkan risiko lebih besar.

Penyelaras usaha menyelamat Nicholas Saade berkata sejak Khamis keadaan denyutan nadi semakin perlahan, menurun daripada 17 detik seminit, pada Khamis kepada tujuh denyutan seminit semalam.
Beberapa mayat juga dikesan berhampiran kawasan tumpuan pencarian itu.
Mar Mikhael adalah antara kawasan yang paling terjejas teruk ekoran kedekatannya dengan pelabuhan Beirut.
Kawasan kejiranan bersejarah itu juga menjadi tumpuan pengunjung khususnya pada waktu malam.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button