Semasa

Pusat Pengajian Islam Oxford beri penghormatan kepada Tun Ahmad Sarji

Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah

Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday

KUALA LUMPUR : Pusat Pengajian Islam Oxford di United Kingdom memberikan penghormatan kepada Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, bekas Ketua Setiausaha Negara yang meninggal dunia pada Sabtu pada usia 82 tahun.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan kepada BERNAMA, Pengarahnya Dr Farhan Nizami berkata Ahmad Sarji akan sentiasa diingati atas galakan dan sokongannya terhadap hasil karya pusat itu.

“Kami bertuah kerana mendapat khidmat Tun sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah selama lebih dua dekad.

“Allahyarham berkhidmat dengan penuh cemerlang dan komitmen yang tinggi malah setiap nasihat bernasnya akan sentiasa dirindui,” katanya.

Pusat Pengajian Islam Oxford ditubuhkan pada 1985 untuk memprosmosi pelbagai budaya dan peradaban serta penyelidikan yang menangani keperluan masyarakat Islam kontemporari.

Pusat itu beroperasi di bawah naungan Putera Wales dan dianugerah Piagam Diraja oleh Ratu Elizabeth II pada 2012.

Ia menyediakan kemudahan serta tempat pertemuan di Oxford untuk golongan terpelajar dari seluruh dunia dan mempromosi dialog antara budaya serta tradisi akademik yang berbeza.

Felo di pusat itu yang juga pensyarah pengajian Islam di Fakulti Teologi di Universiti Oxford Datuk Dr Afifi al-Aktiti pula berkata sikap berkecuali dan berhemah Tun Ahmad Sarji dalam politik harus dicontohi generasi sekarang terutama penjawat awam.

Beliau bekata ketegasan Ahmad Sarji dalam menjalankan tugas sebagai Ketua SetiausahaNegara telah menajdikannya seorang tokoh yang dihormati dalam kalangan penjawat awam dan ahli politik.

“Berdasarkan pemerhatian danpengalaman saya bekerja dengan beliau, Tun adalah seorang suri teladan dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik,” katanya kepada Astro AWANI dalam satu temu bual dari Oxford.

 

-BERNAMA

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button