PalestinSemasa

Tentera israel roboh sekolah Palestin berhampiran Hebron

HEBRON: Tentera israel telah merobohkan sekolah Isfey al-Fouqa di Masafer Yatta, selatan bandar Hebron Tebing Barat yang diduduki, kata sumber tempatan.

Fouad al-Amour, seorang aktivis, memberitahu WAFA, bahawa tentera israel merobohkan sekolah Isfey, di kawasan Khirbet Isfey al-Fouqa, di mana berpuluh-puluh pelajar pergi untuk mendapatkan pendidikan mereka.

Perobohan sekolah berlaku beberapa hari selepas seorang pelajar Palestin berusia 16 tahun ditembak mati oleh tentera israel ketika dalam perjalanan ke sekolah di luar kem pelarian Jenin utara Tebing Barat yang diduduki israel.

“Pasukan pendudukan israel merobohkan sebuah sekolah semasa ia dalam sesi pembelajaran dan pelajar berada di dalam,” ketua majlis tempatan Masafer Yatta, Nidal Younis, memberitahu Al Jazeera.

Tambahnya, tentera israel menggunakan bom bunyi bagi menakutkan kanak-kanak dan mengeluarkan mereka dari sekolah.

Al-Umour, yang merupakan penyelaras jawatankuasa perlindungan dan daya tahan Masafer Yatta, menjelaskan bahawa “pembinaan sekolah Isfey masih belum siap apabila ia dirobohkan, tetapi sekolah itu sudah beroperasi”.

Beliau menambah bahawa tentera juga merampas perabot dari sekolah, termasuk kerusi pelajar, dan berkata sekolah itu berkhidmat untuk empat kampung Tuba, Isfey al-Fauqa, Isfey al-Tahta, dan Mughyyer al-Adeed.

Kementerian Pendidikan menganjurkan lawatan ke kawasan itu bagi menyokong sekolah yang disasarkan itu dan bersama-sama dengan penyertaan wakil daripada pertubuhan hak asasi manusia, diplomat dan pertubuhan antarabangsa.

 

Sekolah Isfey al-Fouqa di Masafer Yatta adalah sekolah yang dibina hasil sumbangan orang ramai untuk menyediakan kemudahan pendidikan kepada anak-anak Palestin

 

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button