DuniaSemasa

Video Amatur: serpihan bangunan, kenderaan dibawa arus deras

Kesan bencana gempa Turki, Greece

IZMIR : [VIDEO]

Gempa di Laut Aegea, menyebabkan gegaran kuat di Greece dan Turki.

Video  bandar Seferisar di daerah Izmir, kawasan paling terjejas teruk dinaiki derasnya air akibat peningkatan air laut dikongsi di Twitter.

Bagi mereka yang pernah melihat kesan gempa dan tsunami pada Aceh 2004, Palu 2019, serta Tohuku, Jepun pada 2011 keadaan menggerunkan ini dirasai oleh penduduk di Izmir, barat Turki  hari ini.

Serpihan runtuhan, rumah dan kenderaan dihanyutkan air deras.

Kedengaran suara penduduk menjerit melihat derasnya air membanjiri laluan di celah-celah kediaman mereka.

Amaran tsunami juga dikeluarkan selepas berlaku peningkatan pada air laut, berikutan kedudukan pusat gempa.

Setakat ini 202 orang cedera, manakala puluhan lagi maut mengikut Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki, AFAD.

Menteri Kesihatan melaporkan di Twitter 38  ambulans, dua helikopter dan 35 paramedik dikejarkan ke kawasan kejadian.

Penduduk kemudian berkongsi keadaan selepas air laut surut kembali.

Kelihatan bot-bot nelayan terdampar pada air yang surut.

Kajian Geologi tempatan Greece, Akis Tselentis memberi amaran akan berlaku gegaran susulan dalam beberapa minggu ini atau mungkin dalam jangka masa sebulan mendatang.

Tambahnya penduduk di kawasan terjejas disaran tidak memasuki bangunan mereka yang rosak teruk kerana dibimbangi akan runtuh sekiranya berlakunya gegaran susulan.

– AGENSI / AP

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button