Semasa

Ayuh, bersama imarahkan #QuranHour hari ini !

Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah

Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru rakyat Malaysia beragama Islam khususnya untuk bersama menjayakan program #QuranHour yang akan berlangsung hari ini.

Dalam pada masa sama, beliau menyeru umat Islam di negara ini mengukuhkan diri dengan nilai-nilai mulia berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Beliau turut mengajak orang ramai untuk sama-sama mendoakan Keluarga Malaysia.

“Sebagai Keluarga Malaysia, sama-sama kita doakan rakyat Negara ini dapat mengukuhkan diri dengan nilai-nilai mulia dalam mengharungi cabaran semasa.

“Dengan berpandukan Al-Quran dan Sunnah, terutamanya buat muslim di negara ini, semoga ia menjadi solusi daripada Ilahi untuk menenangkan dan mendamaikan jiwa kita semua.” ujar beliau.

Bertemakan Formula Malaysia Berbudi dan Penyayang, Malaysia #QuranHour akan berlangsung esok, 30 Ogos bersamaan 21 Muharram 1443H  bermula jam 12 hingga 1 tengah hari.

Ayuh! kita berhenti sejenak dan bersama mendoakan Keluarga Malaysia.

Berikut merupakan antara persiapan berinteraksi dengan Al-Quran di Malaysia :

  • Surah Al Fatihah (Pembukaan), 1: 1-7
  • Surah Al-Mulk dan 7 Surah Al Musabbihat.
  • Surah Al Mulk (Kerajaan) : Interaksi Surah ke 67:1-5 (Halaman 562)
  • Surah Al Isra’ (Perjalanan Malam) : Interaksi Surah ke 17: 1-5 (Halaman 282)
  • Surah Al Hadid (Besi) : Interaksi Surah ke 57:1-5 (Halaman 537-538)
  • Surah Al Hasyr (Pengusiran) : Interaksi Surah ke 59:1-5, 18-21 (Halaman 545-546, 548
  • Al Saff (Barisan) : Interaksi Surah ke 61:1-6, 10-13 (Halaman 551, 552)
  • Al Jumuah (Hari Jumaat) : Interaksi Surah ke 62:1-5 (Halaman 553)
  • Surah At Taghabun (Dinampakkan kesalahan) : Interaksi Surah ke 64:1-6 (Halaman 556)
  • Surah Al A’la (Yang Tertinggi) : Interaksi Surah ke 87: 1-19 (Halaman 591-592)

Ambil wuduk dan siapkan Al-Quran Terjemahan untuk kita nikmati solusi dari Ilahi buat pemimpin, rakyat dan Negara.

Salam Kemerdekaan & Selamat Hari Kebangsaan 2021!

#MalaysiaBerbudiPenyayang

 

Oleh Nurshazlin Shahrom

 

Related Articles

Back to top button