Covid19Semasa

PRU, PRN, PRK tidak akan diadakan

Sehingga tempoh tamat pelaksanaan darurat 1 Ogos 2021

PUTRJAYA : Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat yang dilaksanakan sehingga 1 Ogos 2021
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak berniat untuk tidak mengadakan pilihan raya, namun perkara utama yang menghalang beliau daripada menasihati Yang di-Pertuan Agong agar membubarkan Parlimen untuk pilihan raya diadakan ialah pandemik Covid-19.
Keputusan ini adalah selaras dengan satu daripada lima prinsip maqasid syariah iaitu menjaga nyawa.
“Dalam konteks ini adalah menjadi kewajiban saya sebagai ketua kerajaan untuk menjaga nyawa rakyat dengan melindungi saudara daripada jangkitan COVID-19. Ini adalah kemaslahan paling utama yang dituntut agama Islam.” – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri memberi komitmen tegas bahawa pilihan raya akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Khas Bebas memperakukan bahawa wabak COVID-19 telah reda atau pulih sepenuhnya dan pilihan raya selamat untuk diadakan. – BERNAMA

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button