Semasa

MKN nafi setuju laksana PKP

Gesa orang ramai henti sebar berita palsu!

KUALA LUMPUR:  Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pagi tadi.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan kesahihan kenyataan bertulis yang mendakwa mesyuarat MKN bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang tular di media sosial.

MKN menegaskan kenyataan tersebut adalah palsu dan menasihati orang ramai berhenti berkongsi berita yang tidak ditentusahkan agar tidak menimbulkan kebimbangan dan keresahan dalam kalangan masyarakat. – BERNAMA

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button