Kerohanian

“Saya menjadi saksi segala amal jariahnya…”

Takziah atas pemergian Cikgu Fatimah Likin

انا لله وانا اليه راجعون

Majlis Perundingan Petubuhan Islam Malaysia, MAPIM Malaysia merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Cikgu Fatimah binti Likin, seorang sahabat kemanusiaan MAPIM.

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataannya berkata pemergian Allahyarhamah adalah satu kehilangan besar buat MAPIM dan satu lagi NGO yang disertai beliau, SALIMAH.

“Saya menjadi saksi keatas segala amal jariahnya di pelbagai sumbangan beliau dalam amal kebajikan dan kemanusiaan yang sangat bermakna.” – Cikgu Azmi

Sebagai seorang aktivis yang berjiwa Islam beliau telah menjadi sebahagian pejuang dalam saf Muslimah di seluruh dunia yang aktif menyumbang kepada meringankan nasib Muslimin di Gaza dan Masjid Al Aqsa Palestin dan Syria.

Sumbangan beliau dalam menguruskan projek saraan anak yatim Gaza merupakan pengorbanan yang sangat besar.

Malah segala amal kebajikan beliau di tanah air dalam usha membantu masyarakat Islam dan da’wah Islamiyyah adalah sumbangan beliau yang sangat berharga.

Saya bagi pihak seluruh warga MAPIM,  SALIMAH dan keluarga merakamkan ta’ziah kepada ahli keluarga Cikgu Almarhum Fatimah binti Likin.

MAPIM mendoakan roh Allahyarhamah berada dalam Rahmat Allah dan ditempatkan bersama para solehin dan para siddiqin.

Semoga seluruh keterbabitan beliau dalam kegiatan kemasyarakatan dan kemanusiaan di dalam dan luar negara diberi ganjaran sebaik-baiknya daripada Allah SWT.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا، وَأَكْرِمْ نُزُلَهَا، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهَا، وَاغْسِلْهَا بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهَا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلاَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ. وَأَبْدِلْهَا دَارًا خَيِرًا مِنْ دَارِهَا، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ اَهْلِهَا وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهَا، وَأَدْخِلْهَا الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهَا مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

Al Fatihah

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button