PendidikanSemasa

Program TVET Tahfiz luaskan peluang kerjaya hufaz

SUNGAI PETANI: Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang diperkenalkan di pusat tahfiz berupaya memperkasakan pengetahuan dan kemahiran pelajar serta memberi peluang kerjaya yang lebih luas kepada mereka pada masa akan datang.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Ts Mustapha Sakmud berkata pelajar yang mengikuti bidang TVET bukan sahaja boleh berkecimpung dalam bidang kerjaya berkaitan agama tetapi juga bidang lain sesuai dengan kemahiran yang dimiliki.

“Kita boleh lahirkan bukan sahaja hufaz yang boleh menghafal Al-Quran, tetapi pada masa yang sama mereka yang berkemahiran dan kita jenamakan mereka sebagai teknokrat MADANI sesuai dengan gagasan negara kita Malaysia MADANI”.

“Ini yang kita mahu, bukan sahaja mereka boleh menjadi imam nanti, bukan sahaja boleh menjadi guru agama atau terlibat dalam pengurusan masjid, tetapi mereka boleh menjadi juruelektrik dan sebagainya“, katanya kepada media selepas merasmikan Tahfiz Vokasional Ahmadiah Rakan Kongsi Strategik Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas pada Ahad.

Turut hadir Mudir Tahfiz Vokasional Ahmadiah, Ustaz Fadzil Noor Sahani.

Dalam pada itu, Ustaz Fadzil Noor berkata Tahfiz Vokasional Ahmadiah mendapat sokongan daripada ILP Kepala Batas bagi menjalankan jurusan mekanikal untuk pelajar di pusat tahfiz berkenaan.

“Kita mendapat kebenaran pentauliahan pusat sebagai tempat yang bukan hanya menawarkan sijil kemahiran kepada pelajar tahfiz namun turut dibuka kepada individu lain yang berminat“, katanya.

BACA JUGA
MAPIM perlu bertindak tingkat pemahaman dua negara ~ Ketua Misi Kedutaan Malaysia-Rusia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button