KerohanianSemasa

Pemuda 23 tahun didakwa buat `bisnes sihir’

Rumah disangka terbakar rupanya lakukan pemujaan

BANGI : [VIDEO] Dalam dunia milinium yang serba moden kini, masih ada dalam kalangan masyarakat yang melunaskan cita-cita, harapan atau pun dendam melalui perantara kegiatan sihir. Lebih menyedihkan lagi pelakunya adalah dalam golongan muda belia.

Di Twitter tersebar bebenang yang dipos oleh @_AmranFans berkenaan serbuan di sebuah kondominium yang tidak dinyatakan lokasi oleh pihak polis dan anggota bomba dan penyelamat. Serbuan dilakukan berikutan aduan daripada jiran di blok bertentangan yang melihat api marak dari rumah yang dilaporkan.

Alangkah terkejutnya pihak berkuasa apabila setelah memasuki rumah berkenaan mendapati yang ditemui di dalam kondo berkenaan ialah bahan-bahan dipercayai untuk pemujaan berupa, besen, patung, telor, lilin merah yang dibakar. Ketika diserbu ada api yang masih marak dipercayai kerja-kerja sihir.

Polis juga melakukan siasatan terhadap seorang pemuda berusia 23 tahun lelaki Melayu, yang beralamat dari Kelantan dipercayai pelaku sihir berkenaan.

Banyak kepingan gambar yang disalin juga berada di lantai dipercayai mangsa untuk tujuan sihir. Gambar-gambar yang ditemui juga adalah orang yang berbeza daripada pelbagai umur dipercayai sedang dan telah menjalani proses sihir untuk dipisahkan oleh pelaku berkenaan.

Netizen nyata terkejut dengan maklumat berkenaan dan tidak terfikir masih ada lagi yang tergamak berbuat demikian dalam era moden ketika ini.

Tidak kurang juga yang mengakui ajaran Islam mengharamkan perbuatan terkutuk itu yang dilaknat Allah SWT. Mereka juga berkongsi ayat Quran mengenai sihir yang ditegah Islam.

Pandangan Islam Tentang Perbuatan Sihir

Memetik penjelasan daripada pandangan mufti mengenai sihir, sihir dari segi bahasa, sihir dalam Lisan al-Arab disebut: “Tukang sihir seakan-akan memperlihatkan kebatilan dalam kebenaran dan menggambarkan sesuatu tidak seperti hakikat yang sebenarnya. Dengan demikian, dia telah menukar sesuatu daripada hakikat yang sebenarnya. (Lihat Lisan al-‘Arab, 4/348)

Dari segi istilah, Ibnu Qudamah berkata: “Sihir ialah ikatan, jampi dan perkataan yang diucapkan atau ditulis atau dibuat sesuatu yang mendatangkan kesan dan akibat buruk terhadap tubuh orang yang disihir atau terhadap hati dan akalnya tanpa menyentuhnya secara langsung. (Lihat al-Mughni, 9/34)

Hukum pergi kepada tukang sihir bagi memintanya mengubati sihir yang dihadapi adalah haram. Hal ini kerana apabila seseorang pergi menemui tukang sihir untuk mengubati sihir yang dihadapi, jelas perbuatan tersebut membawa kepada pergantungan kepada selain Allah SWT. Ia boleh membawa kepada syirik kepada-Nya.

“Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” (Surah al-Ma’idah, ayat 72)

Hadis Rasulullah SAW juga jelas menyenaraikan amalan sihir sebagai salah satu dosa besar. Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

اجْتَنِبُوا السَّبْعَ المُوبِقَاتِ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ؟ قَالَ: الشِّرْكُ بِاللَّهِ، وَالسِّحْرُ، وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالحَقِّ، وَأَكْلُ الرِّبَا، وَأَكْلُ مَالِ اليَتِيمِ، وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ، وَقَذْفُ المُحْصَنَاتِ المُؤْمِنَاتِ الغَافِلاَتِ

Maksudnya: “Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan. Sahabat bertanya: Wahai Pesuruh Allah? Apakah dosa-dosa itu? Sabda Baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita muhsan beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina.”

Hadis riwayat Imam Bukhari (2766) dalam Sahih-nya

Related Articles

Back to top button