Covid19KerohanianSemasa
Trending

Tunaikanlah Solat Hajat Serentak Seluruh Negara – YDPA Sultan Abdullah

Rakyat disarankan untuk laksanakan solat hajat hari ini antara jam 1-2 petang

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menyeru seluruh umat Islam di seluruh Malaysia untuk melaksanakan solat hajat hari ini di rumah masing-masing bagi menghadapi musibah penularan wabak COVID-19 yang semakin mengancam banyak nyawa.

Sehubungan dengan itu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dalam kenyataannya semalam menyebut solat hajat itu boleh dilaksanakan selepas solat Zuhur di rumah dan tempat masing-masing serta memenuhi hari Jumaat dengan zikrullah, taubat dan munajat kepada-Nya. Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong menitahkan kepadanya supaya memberi cadangan untuk melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara bagi kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.

 

“Berdasarkan taakulan saya (membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik), dengan ilham daripada-Nya, tarikh dan waktu yang sesuai bagi cadangan pelaksanaan solat hajat serentak di seluruh negara adalah pada Jumaat (esok) 27 Mac 2020 bersamaan 3 Sya’ban 1441H selepas solat Zuhur di rumah dan tempat masing-masing.

– YB Senator Datuk Zulkifli Mohamad Al Bakri

Dalam pada itu beliau mengingatkan umat Islam untuk mengambil iktibar dari sepotong ayat al-Quran dari surah al Baqarah ayat 186 yang bermaksud:

 

A186

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

Setakat semalam Malaysia menyaksikan jumlah kematian meningkat ke 21 kes dan kes jangkitan melebihi 1,700 di ketika negara sedang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan COVID-19 yang disambung sehingga 14 April 2020.


Sumbangan Tabung Bantuan Kemanusiaan COVID19
MAPIM Malaysia juga mengalu-alukan sumbangan wang ringgit dan barangan stok makanan seperti beras, sardin, roti, tepung,dan lainnya untuk dapat diagihkan kepada fakir miskin serta golongan yang sangat memerlukan saat-saat begini.

MAPIM Malaysia menjemput rakyat Malaysia yang prihatin dan ingin menyalurkan sumbangan untuk Tabung Bantuan Kemanusiaan COVID19 ini bolehlah infaq online menerusi www.bantuummah.com  atau infaq menerusi akaun Tabung Kemanusiaan MAPIM (Maybank 562263540066)

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi aplikasi whataaps seperti berikut:

Ilham Azmi

I believe words are more powerful than guns.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button