Covid19

PKP Dilanjutkan Sehingga 28 April 2020 – PM Muhyiddin

YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan PKP akan dilanjutkan selama dua minggu lagi bermula 15 – 28 April 2020.

Ini adalah berikutan kadar jangkitan yang masih perlukan pemantauan walaupun Malaysia berjaya mengawalnya di bawah paras 10%. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya menyarankan untuk tidak menamatkan PKP dengan lebih awal walaupun kadar pesakit sembuh sepenuhnya lebih tinggi dari kadar kes jangkitan baru. Walaupun perkembangan tersebut memberi gambaran yang agak baik, namun begitu pihak kerajaan mengambil keputusan untuk terus memantau sehingga keadaan dijamin terkawal.

Selain daripada itu, beliau juga menyebut tentang ibu bapa yang bimbang dengan keselamatan anak-anak jika sesi sekolah dibuka semula ketika tiada jaminan yang jelas tentang penularan wabak COVID-19. Justeru sesi persekolahan ditangguhkan. 

Tan Sri Muhyiddin juga mengingatkan rakyat supaya bersabar kerana kesulitan yang dihadapi oleh mereka juga turut dirasai oleh seluruh penduduk dunia. Ekonomi yang terjejas bukanlah sesuatu yang disengajakan oleh pihak kerajaan dalam melaksanakan PKP yang bakal memasuki fasa ketiga. 

Namun begitu, atas dasar prihatin dengan rintihan rakyat terutamanya peniaga yang terjejas kerana tidak dapat beroperasi, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberi kebenaran secara berperingkat kepada mereka. 

Justeru beliau memaklumkan bahawa beberapa sektor ekonomi akan dibuka semula. Jawatankuasa Kabinet Khas yang diketuai oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Menteri Pertahanan akan diwujudkan untuk membuat pemilihan sektor ekonomi yang akan dibuka secara berperingkat. Senarai sektor ekonomi tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat. 

Beliau bagaimanapun memberi peringatan sekiranya berlaku sebarang pelanggaran syarat ketika operasi dijalankan, ia akan menyebabkan kebenaran tersebut ditarik semula. 

Ilham Azmi

I believe words are more powerful than guns.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button