Covid19KemanusiaanPalestinSemasa
Trending

‘Terima Kasih MAPIM!’ – Ambulans Malaysia Buat Rakyat Gaza Tarik Nafas Lega

Siapa sangka ketika Malaysia sedang menghadapi kemelut ekonomi dan kesihatan dek kerana COVID-19, bakti dan sumbangan rakyatnya masih lagi tersebar menyerikan kehidupan orang lain.

Nama Malaysia sekali lagi bergema di bumi Gaza, Palestin apabila rakyatnya meluahkan kata-kata terharu dengan bantuan 10 buah ambulans yang dihantar oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan kini menjadi jentera utama yang digunakan oleh petugas kesihatan di sana bagi menguruskan pesakit.

Enam daripada 10 buah ambulans wakaf hasil sumbangan rakyat Malaysia yang dihantar MAPIM ke Gaza

Dalam usaha membela nasib rakyat Palestin di samping memperjuangkan hak kebebasan tanah air mereka,  MAPIM menyerahkan ambulans wakaf berkenaan Februari lalu untuk dimanfaatkan oleh penduduk Gaza melalui kerjasamanya dengan Miles of Smiles, sebuah pertubuhan antarabangsa berpusat di United Kingdom.

Setakat ini, 13 kes positif COVID-19 yang telah disahkan di Gaza, dan kesemuanya sama ada masih dikuarantin atau telah pulih. Walaupun kadar jangkitan masih pada paras yang rendah, pihak berkuasa dan penduduk di Gaza masih mengambil langkah berhati-hati selagi tiada jaminan Gaza bebas daripada virus corona sepenuhnya.

sukarelawan Gaza membuat semburan decontamination sebagai langkah usaha menjauhkan wabak covid19 di Gaza

Abdelnasser Soboh, pengarah pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia Gaza, berkata wilayah itu hanya mempunyai 62 ventilator, hanya 15 masih belum digunakan. Beliau menganggarkan wilayah memerlukan 50 hingga 100 buah mesin ventilator lagi untuk menangani wabak COVID-19. Sekiranya berlaku jangkitan melebihi 100, sistem penjagaan kesihatan mereka dijangka akan terganggu tambahnya lagi.

Penyelaras PBB bagi Bantuan Kemanusiaan dan Pembangunan di Wilayah Dijajah di Palestin, Robert Piper sebelum ini menyatakan bahawa Semenanjung Gaza akan menjadi sebuah kawasan yang tidak layak dihuni bermula tahun ini disebabkan oleh keperluan asas yang tidak mencukupi dan kadar pengangguran yang telah melebihi 80%.

Kanak-kanak membeli produk pembersihan dari penjual di kem di Khan Younis, selatan Gaza. Klorin adalah produk pembasmian kuman dengan permintaan tertinggi sekarang.

Bagi menyokong usaha pembelaan nasib rakyat Palestin dan pembebasan tanah air mereka, MAPIM menyeru orang ramai khususnya umat Islam di Malaysia untuk terus peka dan meningkatkan kesedaran tentang isu kemanusiaan di Palestin agar nasib masyarakat di sana tidak akan disisihkan kerana situasi mereka yang lebih dihimpit kesusahan.

MAPIM Malaysia kini punyai 21 buah ambulans keseluruhan di tiga negara iaitu Syria, Palestin dan juga Malaysia atas kepercayaan dan mandat yang diberikan oleh rakyat kepada MAPIM untuk melaksanakan tugas khidmat dan pembelaan Ummah dalam dan luar negara.

MAPIM membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan Kongsi Rezeki kepada saudara kita yang diuji dengan bencana, kemiskinan, perang dan kebuluran dalam dan luar negara dengan hanya RM200 untuk bekalan bantuan makanan selama sebulan sempena Ramadhan yang akan datang tidak lama lagi.

Sumbangan untuk Infaq Ramadhan Bumi As-Syami (untuk Palestin, Syria, Yemen) boleh disalurkan menerusi:

Akaun Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL
562834-636987 atau secara online menerusi www.tabungsyria.com

Atau infaq bersifat umum menerusi:

Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

Atau menghubungi talian Hotline MAPIM Malaysia menerusi 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016.

Ilham Azmi

I believe words are more powerful than guns.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button