Covid19Semasa

PKP di 6 negeri, rentas negeri & daerah tidak dibenarkan

Berkuatkuasa 13 - 26 Jan 2021

PUTRAJAYA : Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di lima buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Johor, Sabah dan Melaka termasuk di Wilayah Persekutuan – Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bermula 13 hingga 26 Januari ini.

Sepanjang tempoh PKP dilaksanakan, pergerakan rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan

Pelaksanaan PKP ini akan berkuatkuasa bermula Rabu jam 12.01 pagi 13 Januari 2021.

Perkara itu diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin dalam satu perutusan khas pada jam 6:00 petang tadi.

Selain itu, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) juga dilaksanakan di enam buah negeri di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan juga Pahang.

Sarawak dan Perlis pula menjadi negeri yang akan melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Semua perintah Pelaksanaan PKP, PKPB dan PKPP dijalankan serentak di semua negeri yang telah ditetapkan.

Sekatan jalan akan mula dilakukan bermula Rabu ini di beberapa sempadan negeri.

Kedai makan dan penjaja di kawasan PKPB, PKPP dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Manakala hanya perkhidmatan ‘makanan dibawa pulang’ atau ` take away’ sahaja dibenarkan di kawasan yang dilaksanakan PKP.

Menurut Perdana Menteri,  aktiviti sosial melibatkan perkumpulan ramai termasuk kenduri kahwin, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam tidak dibenarkan dalam tempoh PKP.

Sektor pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran, serta perladangan dan komoditi dibenarkan beroperasi.

Arahan bekerja dari rumah dikuatkuasakan bagi sektor yang tidak disenaraikan sebagai perkhidmatan penting.

Hanya 30 peratus pekerja kumpulan pengurusan dibenarkan berada di pejabat.

Bagi sektor pendidikan pula, calon peperiksaan utama seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibenar hadir ke sekolah dengan kawalan SOP yang ketat.

Di samping itu, rakyat diminta tidak panik berikutan perintah PKP ini, kerana pasar raya, klinik, hospital, farmasi dan bank di kawasan PKP dibenarkan beroperasi namun pada tahap berjaga-jaga.

Pada akhir ucapan Tan Sri Muhyiddin juga berpesan agar rakyat melakukan yang terbaik bagi melindungi diri, melindungi komuniti dan masyarakat bersama bersatu melawan Covid-19 ini sehingga Malaysia menang.

– Wartawan UMMAHTODAY Muhammad Haiqal Nor Wahid

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button