EkonomiSemasa

Sabar! Bayaran BPN 2.0 ambil masa seminggu dikreditkan

RM2.38 bil ke seluruh akaun penerima

PUTRAJAYA : Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN2. 0) yang keseluruhannya bernilai RM2.38 bilion memerlukan masa sekurang-kurangnya seminggu untuk dikreditkan kepada semua akaun penerima.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semasa menjelaskan perkara itu berkata, terdapat pihak keliru mengenai bayaran BPN 2.0 yang mula disalurkan bermula 21 Januari lalu.

Katanya, beliau memohon supaya penerima bersabar, kerana ia satu jumlah yang besar dan memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk pengkreditan sepenuhnya kepada semua penerima.

“Saya juga ingin berkongsi bahawa dari 21 hingga 24 Januari 2021, sebanyak 6.4 juta akaun sudah dikreditkan dan dari 25 hingga 29 Januari 2021, 3.8 juta akaun sedang atau akan dikreditkan.”

“Selain itu, mulai 25 Januari 2021, kira-kira 750,000 penerima yang tiada akaun bank sudah mula membuat tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di Semenanjung Malaysia bagi penerima B40 dan M40.

“Kerajaan berharap bantuan yang dipercepatkan ini sedikit sebanyak dapat membantu aliran tunai 11.06 juta penerima bujang dan isi rumah di saat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-38 secara maya, hari ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button