Covid19DuniaSemasa

Pfizer-BioNtech cadang AS ambil suntikan penggalak

Syarikat itu kini sedang mengusahakan vaksin khas menangani varian Delta

CHICAGO : Syarikat pengeluar vaksin Pfizer-BioNtech meminta pihak pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syarikat (AS) untuk meluluskan suntikan penggalak yang dipercayai mampu memberi pelindungan tambahan terhadap Covid-19.

Syarikat itu mula melakukan kaji selidik terhadap keberkesanan suntikan ketiga itu sejak Februari lalu, sebagai usaha melindungai orang ramai daripada pelbagai varian virus tersebut.

Menurutnya, suntikan penggalak itu tidak mensasarkan varian Covid-19 secara spesifik, dan pihak kesihatan AS sebelum ini menyatakan bahawa suntikan vaksin yang tersedia di pasaran telah memberi pelindungan terhadap peningkatan varian Delta.

Namun begitu, Pfizer-BioNTech berkata, syarikat itu menyaksikan hasil data yang memberangsangkan selepas melaksanakan suntikan penggalak dalam tempoh enam bulan susulan suntikan kedua.

Justeru, syarikat itu percaya ia akan memberi pelindungan tambahan daripada Covid-19.

Dalam perkembangan lain, Pfizer memaklumkan semalam bahawa syarikat itu sedang berusaha menghasilkan vaksin yang mensasarkan varian Delta dan akan memulakan ujian klinikal pada Ogos depan.

Bagaimanapun, Pfizer menekankan situasi yang berlaku di Israel apabila pelaksanaan vaksin yang pada mulanya dilihat berkesan, bagaimanapun, tujuh bulan kemudian keberkesanan vaksin itu dilihat berkurang apabila varian Delta mula tersebar.

Di AS, masalah utama adalah keraguan pengambilan vaksin serta dengan kemunculan varian Delta yang mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi dan berbahaya.

Semua kematian akibat Covid-19 yang direkodkan di AS adalah mereka yang tidak mengambil suntikan vaksin dan varian Delta kini telah menjadi penyebaran utama di negara itu.

Oleh : Nurshazlin Shahrom (Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media)

 

Related Articles

Back to top button