DuniaSemasa

Pejuang isu pemakaian tudung di sekolah dilarang ambil peperiksaan

NEW DELHI : Hanya kerana memperjuangkan hak untuk memakai hijab di sekolah, pelajar di Karnataka, India dihalang menduduki semula peperiksaan sekolah menengah.

Menurut laporan The Independent, pihak berkenaan memutuskan untuk tidak berbuat demikian meskpun kerajaan sebelum ini membayangkan bahawa pelajar akan dibenarkan mengambil semula peperiksaan ini.

Menteri Pendidikan Karnataka BC Nagesh memaklumkan bahawa agak mustahil bagi pelajar yang terlibat dalam bantahan berkenaan untuk diberi peluang kedua.

“Sekiranya kita membenarkan pelajar yang memboikot kerana tidak dibenarkan memakai tudung menduduki peperiksaan walaupun selepas mahkamah tinggi memberi perintah interim, maka pelajar lain akan datang dengan alasan lain dan mencari peluang kedua,” katanya.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button