Semasa

Kemarahan semakin memuncak bila jenazah Covid19 tetap dibakar

Jenazah bayi 20 hari dibakar tanpa kebenaran ibu bapa

COLOMBO : Kemarahan umat Islam semakin memuncak di Sri Lanka selepas 15 jenazah pesakit Covid-19 tetap dibakar walau dibantah.

Bukan sahaja tanpa kebenaran pihak kaum keluarga, perbuatan itu juga menyalahi ajaran agama Islam.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 15 jenazah sudah dibakar, termasuk jenazah seorang bayi berusia 20 hari, dikenali sebagai Shaykh, walaupun dirayu ibu bapanya.

Peraturan dikeluarkan pihak berkuasa di negara bermajoriti penganut Buddha itu menetapkan, semua mayat pesakit Covid-19 harus dibakar, termasuk jenazah umat Islam.

Arahan yang dikeluarkan sejak April lalu itu, diputusakan selepas amaran oleh sami Buddha bahawa proses pengebumian boleh pencemaran dan menggalakkan penularan virus.

Peguam negara mengarahkan semua jenazah dibakar selepas keluarga 19 pesakit Islam itu enggan menuntut jenazah anggota keluarga masing-masing dari rumah mayat Colombo minggu lalu.

Sejak beberapa minggu lalu, orang awam mengikat riben putih di pintu pagar tanah perkuburan yang menempatkan pusat pembakaran berkenaan, sebelum ditanggalkan pihak berkuasa pagi tadi, sekali gus mengundang kemarahan netizen.

Seorang aktivis media sosial turut memuat naik gambar riben putih dan menyifatkannya sebagai satu lagi bukti jelas penindasan dilakukan kerajaan.

Sri Lanka mengalami peningkatan kes COVID-19 sejak Oktober, dengan jumlah jangkitan meningkat hampir 10 kali ganda, mencapai jumlah kumulatif 32,790 jangkitan termasuk 152 kematian. – AFP

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button