Covid19Semasa

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2021 ditangguh lagi?

Berita buku

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang setiap tahun diadakan sejak 1991 (yang dijenamakan daripada Pesta Buku Kuala Lumpur), buat pertama kalinya ditangguhkan pada tahun 2020 akibat pandemik covid 19.

Meriah. PBAKL 2018

Tidak sedikit syarikat buku yang menanggung kerugian akibat penangguhan itu. Pada tahun ini, diharapkan PBAKL 2021 akan memberi sinar kepada industri buku, namun pandemik Covid-19 tidak terlihat ada tanda mahu surut.

Menurut CEO Bookcafe, Tuan Hairul, PBAKL dijangka akan diadakan pada hujung tahun ini walaupun ada ura-ura ia akan diadakan seawal bulan Jun. Sekiranya mengikut jangkaan WHO yang mengatakan pandemik covid-19 hanya akan surut menjelang hujung tahun 2021, PBAKL akan terus ditunda sehingga tahun 2022.

Walaupuan tanpa PBAKL, diharapkan semua pencinta buku terus menyokong industri buku tempatan kerana kedai buku tetap dibuku sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Gambar : Kredit PTS

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button