Covid19Semasa

Balik kampung, bercuti sebab kes bertambah di Perlis

Cecah 3 angka kini

KANGAR : Buat pertama kalinya sejak tercetusnya pandemik Covid-19, kes terkumpul wabak berkenaan di negeri ini mencecah tiga angka iaitu 114 dengan penambahan 16 kes baharu semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, jumlah kes dijangka meningkat dalam tempoh beberapa hari akan datang berikutan masih terdapat 153 individu dari zon merah yang menjalani ujian saringan belum memperolehi keputusan.

Menurut beliau, peningkatan kes-kes ini mempunyai kaitan dengan kehadiran individu-individu bergejala dari zon-zon merah sepanjang bulan Disember lalu.

“Mereka datang ke Perlis sama ada sebagai pelancong, balik kampung kerana bercuti atau hadir majlis-majlis kenduri.

“Saya sedar rakyat Perlis bimbang dengan situasi ini dan saya juga bimbang. Tetapi saya yakin semua yang terlibat sedang berusaha mengekang dan menangani penularan wabak. Kita sebagai rakyat wajib berikan kerjasama,”

Datuk Seri Azlan Man berkata demikian hari ini. (19 Jan)

Perlis sebelum ini berstatus hijau dan menunjukkan peningkatan minggu lalu dengan setakat semalam sebanyak 51 kes aktif direkodkan.

Semalam, sebanyak 16 kes baharu direkodkan iaitu jumlah tertinggi dalam sehari pernah dicatatkan di negeri ini.

Sementara itu, Azlan berkata, kesedaran mengenai risiko Covid-19 dalam kalangan rakyat di negeri semakin tinggi.

Katanya, atas kesedaran tersebut Perlis berjaya bertahan lama dalam status zon hijau sehinggalah muncul kes-kes baharu Covid-19  minggu lalu.

“Harapan saya agar seluruh rakyat Perlis terus mematuhi dan mengamalkan dengan sepenuhnya SOP (prosedur operasi standard),” katanya.- UTUSAN

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button