KemanusiaanKesihatanSemasa

Kilang gula CSR sumbang 5000 peket gula untuk asnaf

Sumbangan dibuat melalui MAPIM Malaysia

Bangi : Bencana yang menimpa Malaysia datangnya seperti gelombang. Belum lagi habis kisah pandemik Covid-19, datang pula bencana banjir.

Antara yang terjejas teruk ialah golongan asnaf. Mereka bukan sahaja terjejas daripada segi ekonomi, akibat dibuang kerja, dikurangkan gaji ataupun perniagaan kecil mereka terpaksa ditutup. Mereka juga terjejas daripada segi emosi dan kesihatan. Apatah lagi untuk keluarga yang masih ramai anak-anak kecil.

MAPIM Malaysia sudah mengerakkan Misi Bantuan Ummah Bantu Ummah, dan terbaru Misi Bantuan Banjir untuk membantu golongan terjejas ini. Namun ia masih belum mencukupi. MAPIM masih memerlukan sumbangan daripada rakyat Malaysia yang dermawan

Menyedari hakikat itu Central Sugars Refinery Sdn Bhd tampil memberikan sumbangan lima tan gula (5,000 peket gula) bagi diedarkan untuk golongan asnaf melalui MAPIM Malaysia. Ini kerana gula adalah antara bahan asas untuk hidangan keluarga di Malaysia.

CSR bukan sahaja boleh mewakili Central Sugar Refinery, tetapi juga Corporate Social Responsibility

Central Sugars Refinery Sdn Bhd sentiasa berazam untuk turut serta dalam misi membantu ummah menerusi rakan-rakan NGO. Sumbangan lima tan gula (5,000 peket gula) ini adalah salah satu cara untuk menyatakan bahawa CSR sentiasa bersama dalam waktu-waktu sukar ini. #kitajagakita

Sumbangan gula itu dihantar terus ke Ummah Central Warehouse, gudang simpanan, penerimaan , pembungkusan, dan pengedaran sumbangan milik MAPIM Malaysia yang seluas 1 ekar di Sepang.

“Ini adalah masa untuk semua lapisan masyarakat termasuk badan korporat untuk bergandingan membantu saudara kita yang diuji dengan banjir dan yang terkesan akibat pandemik covid-19 ini. MAPIM mengalukan sumbangan dalam bentuk barangan dan boleh dihantar terus ke gudang kita kerana pengagihan bantuan dilakukan untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak setiap minggu khusus kepada mereka yang sudah berada dalam Asnaf Databased Center MAPIM” kata (Dr) Sani Araby Al-Kahery selaku CEO dan ketua aktivist MAPIM Malaysia

(Dr) Sani Araby bersama tim Misi Bantuan Banjir sampaikan bantuan

Selain gula CSR, MAPIM Malaysia juga menerima sumbangan berbentuk barangan daripada syarikat Halalgel, Kopi Hang Tuah, Telekung An-Najjah, makanan Ready to Eat Syed Food, Fama, Al-Araby Group dan lainnya.

MAPIM Malaysia mengharapkan lebih ramai lagi syarikat korporat yang akan mengikut jejak langkah Central Sugars Refinery Sdn Bhd.

Team task force MAPIM bertanggungjawab mengeluarkan peket gula dari lori.

=======

MAPIM Malaysia kini menggerakkan misi bantuan kecemasan banjir. Antara bantuan kecemasan yg sedang digerakkan segera adalah
– 10,000 kotak bantuan makanan
– 5,000 kotak hygience kit
– Food Truck Makanan Panas utk petugas dan mangsa
– Double-Decker Mobile Clinic utk rawat mangsa dan mereka yg memerlukan
– double decker bas membawa 80 aktivist MAPIM
– Team pasca banjir utk bersihkan kawasan/rumah
– Bantuan lain mengikut keperluan semasa dilapangan
Sumbangan boleh dibuat melalui:
atau
menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button