Semasa

Malaysia timba ilmu dari Thailand mengenai penggunaan Kanabis dalam perubatan

Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

Selepas diminta dan digesa oleh pelbagai pihak untuk mengkaji kebaikan kanabis dalam perubatan. Akhirnya kerajaan memulakan langkah untuk mengetahui lebih mendalam mengenai kanabis dalam aspek aplikasi berasaskan penyelidikan dan produk farmaseutikal bagi kegunaan perubatan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Beliau juga berharap agar Malaysia dan Thailand akan terus  bertukar pengetahuan teknikal dan penyelidikan klinikan bagi memastikan keselamatan serta keberkesanan produk kanabis dalam perubatan.

kredit foto FB OH MY Parlimen

Pertukaran maklumat secara teknikal ini bagi membuatkan kerajaan lebih yakin dan memahami bukti klinikal penggunaan kanabis dalam tujuan perubatan serta kerangka kerja pengawalseliaan baharu.

Khairy sebelum itu melawat Pertubuhan Farmaseutikal Kerajaan (GPO) dan telah diberi taklimat mengenai dasar perubatan kanabis di Thailand, termasuk amalan, kaedah penanaman dan penyelidikan serta penggunaan kanabis dan ketum bagi tujuan kesihatan.

Untuk makluman semua, Thailand merupakan negara Asia Tenggara pertama yang meluluskan undang-undang penanaman dan pemilikan kanabis untuk tujuan perubatan.

Dalam pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri Thailand, Anutin, Khairy turut meminta Anutin untuk mengkaji kemungkinan Malaysia membekalkan Thailand dengan daun dan pokok ketum mentah.

Beliau berkata, penanaman kanabis menawarkan sumber pendapatan baharu untuk petani dan orang ramai.

Apabila ditanya sama ada Malaysia bercadang untuk membenarkan penggunaanya bagi tujuan perubatan, Khairy berkata “jika terdapat bukti klinikal yang membolehkannya”.

“Antara ilmu penting yang diperoleh daripada pengalaman di Thailand ialah mengenai data klinikal dan data yang dikumpul sejak penggunaan kanabis untuk perubatan.

“Sekiranya kami berpuas hati dengan data itu, pasti akan mempengaruhi kami untuk membenarkan penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan,” katanya.

Kredit foto FB Khairy Jamaluddin

Beliau berkata, langkah Thailand dalam menerajui usaha membenarkan penanaman dan pemilikan kanabis untuk tujuan perubatan ialah contoh yang baik di rantau Asean dengan negara anggota lain boleh menggunakan data yang ada bagi merangka dasar.

Related Articles

Back to top button