Covid19KemanusiaanSemasa

MAPIM siap siaga ribuan kotak bantuan untuk agihan golongan terjejas PKP 2.0

Serampang dua mata, pasca banjir dan terkesan COVID-19

SEPANG : Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Pandemik Covid-19 memberi kesan mendalam buat semua golongan manusia di seluruh dunia termasuklah rakyat  Malaysia apabila gelombang ketiga menunjukkan peningkatan yang amat ketara mencecah sehingga ke angka lebih 4,000 kes sehari.

Ramai yang hilang pekerjaan, tidak kurang pula ada yang terpaksa bertukar kerjaya, malah terdapat juga sektor pekerjaan yang perlu menerima potongan pendapatan bulanan.

Setakat 28 Oktober 2020, seramai 90,470 orang hilang pekerjaan berdasarkan statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Sukar sekali lagi bagi rakyat Malaysia sejak kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 13 Januari 2021 hampir di seluruh negara demi memutuskan rantaian penularan virus Covid-19.

Terpanggil dengan kesukaran yang semakin menekan kehidupan sebilangan rakyat Malaysia, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia,  MAPIM kini menyegerakan pembungkusan ribuan kotak bantuan makanan yang bakal diagihkan kepada golongan sasaran pada bila-bila masa.

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al Kahery berkata langkah proaktif MAPIM ini mensasarkan golongan asnaf, hilang pekerjaan, golongan B40, orang asli, saudara baharu, serta meraikan golongan saudara baharu.

Tambah beliau, setakat ini sebanyak 1,500 kotak bantuan sudah siap melalui proses pembungkusan.

Setiap pek mengandungi 10 kilogram beras, minyak masak, tepung, gula, garam, makanan dalam tin, mee segera, biskut, dan barangan keperluan harian yang lain.

Untuk agihan awal itu, 500 kotak digerakkan dalam jelajah ummah bantu ummah ke utara dengan sasaran utama yang telah disenaraikan merangkumi golongan muallaf, asnaf dan mereka yang terjejas Covid-19.

Kotak bantuan ini hasil daripada sumbangan dan infaq orang ramai kepada MAPIM Malaysia.

 

MAPIM Malaysia tekad membantu mereka yang memerlukan bantuan, kerana tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima

2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain.

Sumbangan boleh dibuat melalui:
▶️ www.bantuummah.com
▶️ www.bantuummah.com
▶️ www.bantuummah.com

atau

menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

  • Muhammad Haiqal Nor Wahid

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button