Dunia

Katalog IKEA percuma dihentikan selepas 70 tahun

Ke arah pendigitalan syarikat gergasi perabot

STOCKHOLM :  Syarikat gergasi perabot IKEA mengambil keputusan berat untuk menghentikan tradisi selama tujuh dekad untuk tidak lagi menerbitkan katalog syarikat berkenaan.

Katalog IKEA adalah antara penerbitan tahunan terbesar di dunia dan kini dihentikan sedang para pembeli beralih ke platform membeli dalam talian.

Penerbitannya mencapai kemuncak pada 2016 apabila lebih 200 juta naskah diagihkan kepada keluarga dan cawangan IKEA di lebih 50 pasaran.

Edisi pertama katalog itu pada tahun 1951 menampilkan Kerusi MK Wing di muka depan dengan sebanyak 285,000 naskah  diterbitkan dan diagih di selatan Sweden berbanding 40 juta edisi terakhirnya yang dicetak tahun ini.

Keputusan itu adalah sebahagian daripada usaha pendigitalan IKEA dengan penggunanya semakin mendapatkan inspirasi dalam talian serta membeli-belah melalui laman web.

IKEA United Kingdom pic: MyLondonNews

Dalam tempoh 12 bulan lalu yang berakhir pada hujung Ogos, penjualan online IKEA meningkat 45 peratus.

IKEA juga sedang berusaha menghasilkan penerbitan lebih kecil dengan tumpuan untuk memberi inspirasi bagi hiasan dalam rumah. Ia dijadual ditawarkan di semua cawangan IKEA pada tahun depan. – REUTERS

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button