Covid19KemanusiaanKesihatanSemasa

Mendakwa anak didenda RM10 ribu kerana tidak memakai topeng, ibu nekad menghubungi Uncle Kentang

Rupa-rupanya anak yang menipu

Bangi : Hanya kerana tidak mahu menunaikan tanggungjawab sebagai anak, seorang lelaki sanggup menipu ibunya. Dia menggunakan alasan bahawa didenda RM10 ribu oleh pihak polis kerana tidak memakai topeng muka semasa merokok di belakang kedai.

Apalah nasib, buat baik pun orang cuba menipu

Ibu mana yang tidak sayangkan anak. Mendengar cerita anaknya, hati ibu menjadi sangat sedih dan merasakan anaknya itu teraniaya. Kerana mengikut cerita anaknya, waktu itu dia sendirian tetapi tetap dikenakan saman.

Si ibu nekad menghubungi Uncle Kentang, meminta pembelaan untuk anaknya. Uncle Kentang yang baik hati, menghebahkan perkara itu di Facebooknya dan akhirnya mendapat perhatian pihak polis. Yang pada akhirnya terbongkar rahsia, bahawa itu semua adalah cerita rekaan. Malah si anak langsung tidak dapat memberikan bukti yang dia dikenakan saman.

Si ibu menghubungi Uncle Kentang dan meminta maaf bagi pihak anaknya. Sehingga berita ini ditulis belum ada perkembangan lanjut atau tindakan yang diambil oleh pihak polis ke atas lelaki itu.

Uncle Kentang atau Kuan Chee Heng segera memaklumkan perkara itu kepada pengikut Facebooknya.

Related Articles

Back to top button