KemanusiaanSyria

Jumlah kanak-kanak menjadi buruh akan meningkat

PBB beri amaran ibu bapa tidak mampu, kadar kemiskinan tinggi kesan pandemik

IDLIB : [VIDEO] Awal tahun ini, tiga orang kanak-kanak Syria maut tertimbus di bawah timbunan sampah-sarap di tapak pelupusan sampah di Idlib.

Sebaik mendengar laporan itu, pasukan White Helmet, bergegas di kawasan kejadian di bandar Ma’arrat Misrin.

Pasukan penyelamat terpaksa menggali bertan-tan timbunan sampah untuk mengeluarkan mereka.

Namun pada kedalaman beberapa meter selepas kanak-kanak itu ditemui, mereka telah pun meninggal dunia dipercayai terperangkap lalu lemas akibat gas yang tinggi di kawasan pelupusan sampah berkenaan.

Senario itulah yang menghantui fikiran para aktivis kemanusiaan yang sentiasa mahu memberikan yang terbaik buat masa depan pelarian terutamanya kanak-kanak.

Bagi Ali, sembilan tahun, beliau ingin sekali meneruskan pendidikan, namun keluarganya tidak mampu untuk membayar wang pengajian dia dan adik-adik yang lain.

Ali mengutip sampah bagi membantu ibu bapanya yang juga tidak dapat bekerja.

Tular di sosial media sebuah video dirakam oleh @SalehalShikh menunjukkan anak-anak pelarian dalam negara di Idlib yang mengejar lori sampah.

Perkampungan pelarian tanpa negara ini, hanya berada 50 meter  dari tapak pelupusan sampah.

Pengorbanan kanak-kanak pelarian Syria ini, diilihat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) amat meruncing apatah lagi selepas pandemik Covid-19, yang mendorong jutaan kanak-kanak untuk bekerja.

Agensi di bawah PBB, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF) menyatakan bilangan buruh kanak-kanak menurun sebanyak 94 juta sejak tahun 2000, namun  jumlah itu dibimbangi akan  meningkat semula disebabkan oleh kemiskinan.

Menurut Bank Dunia, jumlah penduduk miskin akan meningkat dengan mendadak sehingga 60 juta orang pada tahun ini.

Ketua ILO, Guy Ryder, berkata pandemik ini memberi kesan terhadap pendapatan keluarga dan tanpa sokongan, anak-anak mungkin akan didorong untuk bekerja.

Kaitan di antara kemiskinan dan lonjakan buruh kanak-kanak sangat jelas berdasarkan kepada kajian daripada beberapa negara menunjukkan peningkatan satu peratus kemiskinan membawa kepada 0.7 peratus kenaikan buruh kanak-kanak yang turut mengancam kesihatan dan keselamatan mereka.

Malah kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa juga mendorong mereka untuk menjadi ketua keluarga, sekali gus terdedah kepada eksploitasi terutamanya kanak-kanak perempuan khususnya dalam kerja domestik dan pertanian.

Ketua UNICEF, Henrietta Fore, berkata ketika krisis ini, buruh kanak-kanak menjadi mekanisme diharapkan oleh kebanyakan keluarga lebih-lebih lagi ketika sekolah ditutup yang memberi kesan kepada lebih satu bilion pelajar di 130 negara, malah jika sekolah dibuka, yuran pula menjadi kekangan kerana mereka tidak mampu membayar.

Perbincangan dalam kalangan pertubuhan berkaitan dibuat sebagai langkah pembetulan termasuklah penyingkiran yuran sekolah dan menggesa negara untuk menggalakkan perlindungan sosial serta akses mudah untuk isi rumah yang miskin.

“Sebagaimana kita bayangkan dunia selepas COVID-19, kita kena pastikan kanak-kanak dan keluarga mempunyai mekanisme sebagai persiapan berdepan cabaran masa hadapan.”
“Pendidikan berkualiti, perkhidmatan perlindungan sosial dan peluang ekonomi lebih baik akan menjadi faktor yang merubah keadaan,” kata Fore.

Menurut kajian ILO pada 2017, sekurang-kurangnya 152 juta kanak-kanak dipaksa bekerja dari 2012 hingga 2016, termasuk 73 juta dalam situasi berbahaya. – AFP

*Bantulah anak-anak Syria, sanggupkah kita membiarkan mereka mengejar lori sampah dan menjadi pekerjaan bahkan makan daripada sisa buangan.

INFAQ ANDA
KAMI SAMPAIKAN SENDIRI KEPADA SAUDARA SYRIA DISINI!

Tim RescueSyria MAPIM Malaysia kini sudah berada di Syria dan sempadan Turki keluar masuk menguruskan amanah dan bantuan secara terus untuk tempoh 3 bulan.

Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
________________
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_________________
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button