Kerohanian

Lebih 100 tahun menanti akhirnya tersergam sebuah masjid

Ditaja sepenuhnya oleh kerajaan, tiada menara atau kubah

ATHENS : Menanti selama hampir 100 tahun, akhirnya Athens memiliki sebuah masjid.

Namun penantian itu hanya bertahan selama beberapa bulan selepas perintah berkurung dilaksanakan oleh kerajaan angkara peningkatan kes positif Covid-19 di Greece selepas 7 November.

Ini kerana tarikh itu menjadi tarikh keramat dan bersejarah apabila solat fardu dan berjemaah dibenarkan kepada penghuni Islam di negara itu.

Bukan mudah kisah pembinaan satu-satunya masjid dan pertama di Athens ini.

Pelbagai rintangan dilalui meliputi halangan dari sudut perundangan, cabaran kewangan dan puak politik yang membangkang namun dengan izin Allah, masjid ditaja sepenuhnya oleh kerajaan ini tetap teguh berdiri.

Walaupun dalam jumlah yang kecil dan mematuhi SOP ketika menunaikan solat, rata-rata penduduk bersyukur akhirnya masjid yang dinanti-nantikan menjadi kenyataan.

Imam dari Maghribi, Imam Zaki Sidi Mohammed mengetuai solat jemaah di masjid pertama di Greece. Pic :AFP

Setelah penyingkiran Greece daripada kerajaan Uthmaniah pada tahun 1833, Athens tidak pernah memilik satu kawasan yang sempurna untuk masyarakat Islam mendirikan solat.

Langkah pertama cadangan pembinaan masjid tercetus pada tahun 1890, daripada satu usaha yang dilakukan setelah menyorot penambahan jumlah masyarakat Islam di negara itu.

Malah sehingga sebelum masjid terbina ramai yang bersolat di kawasan tidak dibenarkan, antaranya ruang bawah tanah yang diubah suai selain garaj di tempat meletak kereta.

Bagaimanapun ada juga yang kurang gembira kerana rupa bentuk masjid yang tidak memiliki menara atau kubah, kerana tidak mendapat simbol yang sama seperti masjid-masjid di Eropah.

Mereka berharap akan dapat menambah rupa bentuk masjid sekiranya dibenarkan.

Bangunan masjid yang tidak mempunyai menara atau kubah bagi masyarakat Islam Athens.

Sehingga 15 Disember kes positif Covid 19 telah berkurangan di Greece dan masyarakat Islam sudah pasti bersolat seperti biasa selepas perintah berkurung ditamatkan tempohnya pada 30 November lalu, dan kerajaan menutup sementara rumah ibadat di negara itu.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button